POKOK SENA, 20 SEPTEMBER 2022 – Pejabat Daerah dan Tanah Pokok Sena telah mengadakan Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia Peringkat Daerah Pokok Sena yang telah berlangsung di Dataran Sena Pejabat Daerah dan Tanah Pokok Sena.
Program tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Haji Ahmad Bawadir Bin Haji Abdul Ghani, Pegawai Daerah Pokok Sena. Turut hadir, YB Ustaz Salim Mahmood Al Hafiz, ADUN Bukit Lada dan ketua – ketua agensi daerah Pokok Sena. Terdapat pelbagai aktiviti yang diadakan, antaranya adalah pertandingan deklamasi sajak, pertandiangan hiasan pulut kuning dan pertandingan mewarna.
Disediakan oleh : Mohd Sobry Bin Md Akhir (PBSD Pokok Sena)
- JBS Kedah
- Hits: 109
