LANGKAWI, KEDAH – 11 SEPTEMBER 2022 – Sempena dengan hari ulang tahun Underwater World Langkawi yang ke -25. Pihak Underwater World berhasrat untuk mengadakan Chenang Night Run 2022 yang di jangka pada 11 November 2022 bertempat di Perkarangan Underwater World, Chenang Langkawi.
Sehubungan dengan itu, satu mesyuarat penyelarasan telah di adakan pada 01.09.2022 yang lalu di pejabat pentadbiran Underwater World, Cenang Langkawi.
Pegawai Belia dan Sukan Daerah Langkawi, Encik Mohd Ferdaus Bin Osman di jemput bersama-sama ke mesyuarat untuk sesi perbincangan perlaksanaan bersama dalam menjayakan program Chenang Night Run 2022 nanti.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
- JBS Kedah
- Hits: 159
