POKOK SENA, 28 SEPTEMBER 2022 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena dengan kerjasama Northern Army telah menganjurkan Kejohanan Dart Program 1000 Liga Peringkat Daerah Pokok Sena 2022 yang telah berlangsung di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena.
Seramai 96 orang yang turut sertai pada kejohanan tersebut. Tahniah buat wakil peserta daripada Penjara Pokok Sena yang telah dinobatkan sebagai johan. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Muhammad Bin Alli, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena. Program seperti ini diadakan adalah untuk meningkatkan tahap kesihatan dan produktiviti komuniti dengan terlibat dalam aktiviti sukan.
Disediakan oleh : Mohd Sobry Bin Md Akhir (PBSD Pokok Sena)
- JBS Kedah
- Hits: 160
