- JBS Kedah
- Hits: 161
PROGRAM WEBINAR YOUTH DIGITAL ECONOMY - "USAHAWAN BELIA & PENGGUNAAN TEKNOLOGI DIGITAL" DENGAN KERJASAMA KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA
KEDAH, 11 OKTOBER 2022 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dengan kerjsama Kolej Pertanian Malaysia (KPM) Kampus Bukit Tangga telah melaksanakan Webinar Youth Digital Economy - "Usahawan Belia & Penggunaan Teknologi Digital" pada 11 Oktober 2022 bertempat di KPM Kampus Bukit Tangga. Program ini menampilkan Encik Syed Salleh bin Syed Sulaiman iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Sulaiman Plantation & Pengasas CocoJack sebagai penceramah.
Ianya diadakan secara hybrid iaitu secara fizikal oleh pelajar kolej tersebut dan peserta belia lain melalui FB Live jabatan. Peserta diberikan pendedahan berkenaan dengan aspek teknologi digital khususnya dalam bidang pertanian seperti 'Smart Farming Technology'. Aspek kerjaya dalam bidang keusahawanan dan motivasi juga turut diselitkan oleh penceramah. Pihak jabatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
DISEDIAKAN OLEH : PENTADBIR PORTAL JBSNK
DISEDIAKAN OLEH : PENTADBIR PORTAL JBSNK
- JBS Kedah
- Hits: 161
