BALING, 10 OKTOBER 2022 – Satu majlis penghargaan buat atlet-atlet dan penggiat persatuan sukan di daerah Baling telah diadakan pada 07 Oktober 2022 yang lalu bertempat di Kompleks Rakan Muda Baling , Kedah .
Majlis yang diberi nama Anugerah Sukan Untuk Semua buat julung kali diadakan tahun ini bagi menghargai jasa dan pengorbanan atlet-atlet dan penggiat persatuan sukan di daerah Baling yang telah berhempas pulas untuk mengharumkan nama negeri dan negara di pentas sukan .
Seramai 9 calon kategori individu dan 4 calon kategori persatuan sukan telah menerima anugerah ini yang telah disampaikan sendiri oleh Tuan Pegawai Daerah Baling , Tuan Haji Mohamad Shahadan Bin Haji Abdullah . Turut hadir , ADO Baling , Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Baling dan ketua-ketua jabatan daerah Baling.
DISEDIAKAN OLEH : MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)
- JBS Kedah
- Hits: 110
