LANGKAWI, KEDAH – 25 OKTOBER 2022 – Sekolah Menengah Kebangsaan Kedawang bawah 16 tahun dan Sekolah Kebangsaan Ulu Melaka bawah 12 tahun telah mewakili Daerah Langkawi ke Malaysia Little League –MiLL Peringkat Negeri Kedah tahun 2022 baru-baru ini.
Kejohanan yang telah berlangsung pada 30 September hingga 01 Oktober 2022 bertempat di Sungai Petani Kedah. Walaupun kemenangan tidak berpihak kepada Pasukan Daerah Langkawi namun semangat juang yang tinggi dan tidak mudah berputus asa telah di tunjukkan oleh pemain-pemain dari kedua-dua kategori.
Tahniah di ucapkan kepada pihak pengurusan pasukan masing-masing.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
- JBS Kedah
- Hits: 124
