Tahniah !! diucapkan kepada Penyumbang Pingat Emas dan Perak yang pertama buat Negeri Kedah
Memanah 50m Compound
- Dinesh a/l Govinda Rajan
- Azrul bin Abd Rashid
- JBS Kedah
- Hits: 81
Tahniah !! diucapkan kepada Penyumbang Pingat Emas dan Perak yang pertama buat Negeri Kedah
Memanah 50m Compound
LEMBAH KLANG, 1 NOVEMBER 2022 - Temasya Para SUKMA XX MSN 2022 secara rasminya membuka tirai bermula 1 hingga 6 November 2022. Sebanyak 10 jenis sukan melibatkan 294 acara telah dipertandingkan di 4 Zon yang telah ditetapkan. Majlis menaikkan bendera ini merupakan simbolik bagi meraikan secara rasmi kehadiran Delegasi Kontinjen Negeri. Bagi Negeri Kedah, acara ini telah disempurnakan oleh Encik Mohammad Suhaimi bin Md Saad merangkap Chef de Mission bagi Kontinjen Negeri Kedah.
Selamat berjuang buat Kontinjen Para SUKMA Negeri Kedah!
LANGKAWI, KEDAH – 26 OKTOBER 2022, Program Senamrobik Perdana Fit Forever adalah salah satu dalam pengisian acara Hari Sukan Negara (HSN) 2022 Peringkat Daerah Langkawi yang telah berlangsung dengan jayanya pada 08 Oktober 2022 (Sabtu) yang lalu bertempat di Perkarangan Kompleks Sukan Langkawi.
Acara Fit Forever ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelbagai lapisan peringkat umur yang mengambil bahagian dalam menyemarakkan Hari Sukan Negara 2022 Peringkat Daerah Langkawi.
Acara Senamrobik @ Fit Forever HSN 2022 Peringkat Daerah Langkawi ini telah dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Senamrobik Daerah Langkawi bersama Legend Studio.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
LANGKAWI, KEDAH – 26 OKTOBER 2022, Program Women Fitness @ Comunity adalah salah satu dalam pengisian acara Hari Sukan Negara (HSN) 2022 Peringkat Daerah Langkawi yang telah berlangsung dengan jayanya pada 07 Oktober 2022 (Jumaat) yang lalu bertempat di Perkarangan Kompleks Sukan Langkawi.
Acara Senamrobik Women Fitness @ Comunity ini melibatkan penyertaan lebih 100 orang wanita sahaja terdiri daripada pelbagai lapisan peringkat umur mengambil bahagian dalam menyemarakkan Hari Sukan Negara 2022 Peringkat Daerah Langkawi tahun 2022.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
Kuala Nerang, 23 Oktober 2022 – Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Padang Terap dengan kerjasama Pejabat Daerah Padang Terap dan Kelab Rakan Muda Padang Terap telah mengadakan Pertandingan Bola Jaring 7 Sebelah sempena Program Fit Forever Peringkat Daerah Padang Terap pada 20 Oktober yang lalu bertempat di Pejabat Daerah Padang Terap.
Pertandingan Bola Jaring 7 Sebelah pada kali ini telah disertai sebanyak 7 kumpulan. Pertandingan ini diadakan juga bertujuan untuk menyemarakkan kembali aktiviti Bola Jaring di sini setelah lama ianya menyepi dek kerana Pandemic Covid-19 yang melanda Negara.
DISEDIAKAN OLEH: NOR HUSNA BT ABDUL HAMID (PBSD PADANG TERAP)
Kuala Nerang, 23 Oktober 2022 – Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Padang Terap dengan kerjasama Pejabat Daerah Padang Terap telah mengadakan Pertandingan Carom sempena Program Fit Forever Peringkat Daerah Padang Terap pada 20 Oktober yang lalu bertempat di Pejabat Daerah Padang Terap.
Pertandingan Carom terbuka kali ini mendapat sambutan dari semua golongan tidak kira lelaki mahupun wanita. Pertandingan ini juga turut disertai oleh Dato’ Pegawai Daerah Padang Terap.
DISEDIAKAN OLEH: NOR HUSNA BT ABDUL HAMID (PBSD PADANG TERAP)
Kuala Nerang, 23 Oktober 2022 – Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Padang Terap dengan kerjasama Pejabat Daerah Padang Terap dan Kelab Rakan Muda Padang Terap telah mengadakan Pertandingan Timbang Bola sempena Program Fit Forever Peringkat Daerah Padang Terap pada 20 Oktober yang lalu bertempat di Dataran Pejabat Daerah Padang Terap.
Pertandingan Timbang Bola kali ini mendapat sambutan meriah dari pelbagai golongan termasuk kanak-kanak sekolah yang aktif bermain Bola Sepak di peringkat sekolah. Pertandingan ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu kategori sekolah menengah dan sekolah rendah. Seramai 50 orang peserta telah menyertai pertandingan bola pada kali ini.
DISEDIAKAN OLEH: NOR HUSNA BT ABDUL HAMID (PBSD PADANG TERAP)
Kuala Nerang, 25 Oktober 2022 – Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Padang Terap dengan kerjasama Pejabat Daerah Padang Terap dan Pusat Ekonomi Digital telah mengadakan Pertandingan Mari Mencuba sempena Program Fit Forever Peringkat Daerah Padang Terap pada 20 Oktober yang lalu bertempat di Dataran Pejabat Daerah Padang Terap.
Pertandingan Mari Mencuba ini di adakan bertujuan untuk memeriahkan lagi Program Fit Forever Peringkat Daerah Padang Terap pada kali ini.
Pertandingan ini juga mendapat sambutan yang amat mengalakkan dari para peserta yang hadir pada hari ini.

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah
Kemaskini Terakhir: 18-05-2026, 11:52:46