LANGKAWI, KEDAH – 26 OKTOBER 2022, Program Senamrobik Perdana Fit Forever adalah salah satu dalam pengisian acara Hari Sukan Negara (HSN) 2022 Peringkat Daerah Langkawi yang telah berlangsung dengan jayanya pada 08 Oktober 2022 (Sabtu) yang lalu bertempat di Perkarangan Kompleks Sukan Langkawi.
Acara Fit Forever ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelbagai lapisan peringkat umur yang mengambil bahagian dalam menyemarakkan Hari Sukan Negara 2022 Peringkat Daerah Langkawi.
Acara Senamrobik @ Fit Forever HSN 2022 Peringkat Daerah Langkawi ini telah dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Senamrobik Daerah Langkawi bersama Legend Studio.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
- JBS Kedah
- Hits: 139
