- JBS Kedah
- Hits: 123
HARI SUKAN NEGARA WARGA EMAS
GUAR CHEMPEDAK, YAN, KEDAH. 23 OKTOBER 2022 – Aktiviti sukan bukan sekadar untuk kesihatan tetapi juga mengikat silaturrahim. Bersempena dengan Hari Sukan Negara yang disambut dlam bulan Oktober ini maka Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Daerah Yan juga mengambil ibisiatif untuk menganjurkan aktiviti Hari Sukan Negara.
Program yang bermula dari pagi itu melibatkan permainan bersesuaian dengan warga emas. Antara aktiviti in-door adalah pertandingan dam aji, karom dan congkak. Permainan out-door adalah seperti bowling buah kelapa dan dam ular gergasi. Selain itu diadakan sukaneka bagi memeriahkan suasana seperti semakin jauh semakin saying, telefon karat dan memancing dalam botol.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Yan dijemput bagi membantu melaksanakan aktiviti bagi warga emas yang rata-ratanya dari komuniti setempat. Selain itu Pejabat Kesihatan Daerah Yan mengadakan pameran dan pemeriksaan kesihatan sepanjang program. Turut hadir pada program adalah Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Yan yang turut menyampaikan hadiah kepada pemenang.
DISEDIAKAN OLEH : JOHARDI BIN ROSLA (PBSD YAN)
- JBS Kedah
- Hits: 123
