- JBS Kedah
- Hits: 77
PBSD SIK HADIR KE MESYUARAT FOCUS GROUP PEMBASMIAN KEMISKINAN DAERAH SIK BIL. 11/2022
SIK KEDAH, 11 DISEMBER 2022 – Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Daerah Sik Bil. 11/2022 telahpun diadakan pada 04 Disember 2022 (Ahad) yang lalu bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah & Tanah Sik, Kedah Darul Aman disini.
Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk menyelaras tindakan kerja bagi semua agensi berkaitan pembasmian kemiskinan dan pembangunan aktiviti Modal Insan dalam meningkatkan serta memajukan pendapatan isi rumah dalam daerah Sik terutamanya golongan B40.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ybhg. Tn. Mahamad Suhaimi Bin Man, Pegawai Daerah Sik.
En. Mohammad Alia Hanis Bin Rosmadi, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Sik hadir ke mesyuarat tersebut mewakili Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik sebagai ahli tetap Jawatankuasa Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah Sik.
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK)
- JBS Kedah
- Hits: 77
