SIK KEDAH, 09 JANUARI 2023 – Tahun baharu 2023 disambut dan diteruskan oleh warga Daerah Sik dengan menyertai Program Activ@Sik Lestari pada 05 Januari 2023 (Khamis) yang lalu bertempat di Dataran Sik Lestari, Sik, Kedah Darul Aman disini.
Program kecergasan senamrobik telah menarik minat warga Daerah Sik tentang kesedaran akan pentingnya penjagaan kesihatan untuk individu dan masyarakat secara amnya. Turut diadakan juga, pemeriksaan kesihatan dan pemeriksaan kecergasan individu fizikal.
Program ini juga merupakan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Daerah Sik akan diteruskan lagi pada setiap hari khamis minggu pertama setiap bulan di sepanjang tahun 2023.
Program anjuran bersama oleh Pejabat Kesihatan Daerah Sik, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik, Pejabat Penerangan Daerah Sik dan Majlis Daerah Sik.
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK)
- JBS Kedah
- Hits: 97
