LANGKAWI, KEDAH – 17.01.2023, 19th Royal International Regatta 2023 telah melabuhkan tirai pada 14 Januari 2023 . Kejohanan yang berlangsung daripada 9 hingga 14 Januari 2023 ditutup dengan Majlis penutupan gilang gemilang pada 14 Januari 2023 bertempat di Royal Yacth Club.
Pegawai Belia dan Sukan Daerah Langkawi, Encik Mohd Ferdaus Bin Osman telah hadir bersama ke majlis tersebut
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
The Youth Opportunity and Exchange Program is an iniatitive organized by National Youth and Sports Department (JBSN), Ministry of Youth and Sports Malaysia ??
The program aims to develop creative, knowledgeable and dynamic youth who will be able to compete at international level ?
In 2023, there are several programs that Malaysian youth could participate which are:
1️⃣ Malaysia - Korea Youth Exchange Program
2️⃣ Malaysia - Singapore Youth Exchange Program
3️⃣ Malaysia - Brunei Youth Exchange Program
4️⃣ The Ship for Southeast Asian and Japanese Youth Program (SSEAYP)
5️⃣ Conferences, Seminars and Workshops
Terms of Application:
✅ Applicants are Malaysian citizens aged 18 to 30 years old *Born in 1993 Until 2005
✅ Applicants are not involved in any International Youth Exchange Program organised by KBS for the past three (3) years (2020 – 2022)
✅ Fluent in English, both written and spoken. Applicants will greatly benefit by delivering access to the other language than Bahasa Malaysia or English
✅ Applicants must commit to join assessment centre and series of Pre Departure Training (PDT) organized by the Secretariat
✅ All applicants should possess proficient communication skills, well motivated and able to work in a team
✅ Applicants who are actively involved in any club or/ and NGOs will greatly have added advantages
Interested to join the program? Apply now at http://eyxchange.kbs.gov.my
Application will open from today, 17th of January until 25th of January 2023 ⏳
For more information, kindly contact Secretariat: 03-88713317 (Nik Asraff/ This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) / 03-88713282 (Nik Noorazlin/ This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) ?
LANGKAWI, KEDAH – 17.01.2023, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Langkawi mendapat jemputan satu sesi taklimat mengenai tatacara penubuhan kelab sukan Table Tennis baharu bertempat di Dewan Orang Ramai Ulu Melaka, pada 11 Januari 2023 yang lalu.
Perkongsian maklumat mengenai tatacara, kaedah serta dokumen yang perlu di sediakan oleh pihak Jawatankuasa penaja kelab telah di terangkan semasa sesi ini.
Pejabat sentiasa terbuka untuk memberi khidmat nasihat kepada ngo-ngo baharu yang berminat untuk menubuhkan persatuan/kelab baharu. Dengan adanya Persatuan/kelab baharu ini akan merancakkan lagi persaingan di antara Persatuan/kelab lain amnya di Langkawi.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
LANGKAWI, KEDAH – 17.01.2023, Sempena dengan Minggu Orientasi pelajar baharu Sesi 1/2023, Giat Mara Langkawi yang bermula 8.01.2023 hingga 12.01.2023, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Langkawi telah di jemput ke minggu Orientasi bagi mengisi satu slot bersama pelajar-pelajar baharu ini pada 9 Januari 2023 yang lalu, bertempat di Dewan Giat Mara Langkawi.
Terima kasih kepada Kelab Rakan Muda Pekan Kuah yang sudi berkongsi maklumat , pengalaman mengenai Kelab dan juga program-program yang telah di anjurkan bersama Pejabat ini.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
LANGKAWI, KEDAH – 17.01.2023, Bertempat di Warung Teh Tarik, pada 7.01.2023 satu pertemuan bersama dengan Cik Farah Ariesha Binti Asmawi dan Cik Siti Shafinaz Binti Johari ,calon peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Pingat Emas, bagi Daerah Langkawi tahun 2023.
Sedikit perkongsian maklumat permohonan kedua-dua peserta ini telah di panjangkan ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dan masih menunggu jawapan balas daripada pihak Unit Rakan Muda di Kementerian Belia dan Sukan. Beberapa perkara di bincangkan dan berkongsi pandangan mengenai perlaksanaan ARP Pingat Emas agar kedua-dua peserta ini dapat melaksanakan dengan jayanya.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
ALOR SETAR, KEDAH - Telah berlangsungnya sesi perjumpaan bersama kakitangan JBSN, KOMBES dan Kota Setar hari ini sebagai sesi suai kenal dengan Tuan Pengarah iaitu Tuan Mohd Nizam bin Ismail. Pelbagai nasihat dan suntikan semangat selain telah diberikan oleh beliau selain sesi perkongsian pengalaman yang sedikit sebanyak mampu memberi inspirasi kepada semua kakitangan untuk terus memberi perkhidmatan yang cemerlang.
Ibarat patah tumbuh, hilang berganti.. denikianlah peribahasa yang menggambarkan apabila Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah akhirnya telah menerima kehadiran Pengarah yang baru bagi menggantikan mantan Pengarah Encik Abd Aziz bin Abd Rahman.
Selamat Datang Tuan Mohd Nizam bin Ismail, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah yang baharu ke Negeri Jelapang Padi. Semoga JBSN Kedah akan terus cemerlang dibawah pimpinan tuan.
BALING, 05 JANUARI 2023 – Pada awal tahun 2023 , pentadbiran dan pengurusan PBSD Baling telah berjalan seperti biasa. Mesyuarat kali pertama pentadbiran dan pengurusan PBSD Baling telah diadakan bagi tahun 2023 telah dijalankan pada pagi hari ini dipengerusikan oleh Puan Maizatul Akmam Binti Adam , Pegawai Belia Dan Sukan PBSD Baling / Pengurus KRM Baling dan telah dihadiri oleh semua ahli mesyuarat PBSD Baling .
Antara agenda mesyuarat yang telah dibincangkan adalah seperti meraikan kehadiran Pembantu Tadbir yang baharu iaitu Puan Rosyati Binti Shariff , merumuskan semua program yang telah dijalankan pada tahun 2022 oleh semua unit PBSD Baling iaitu Unit Pembangunan Belia , Sukan Dan Rakan Muda. Di samping itu , hal-hal pengurusan KRM Baling juga turut dibincangkan bagi memastikan pengoperasian KRM Baling pada tahun 2023 berjalan secara optimum dan mencapai KPI yang telah ditetapkan .
DISEDIAKAN OLEH : MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)
Kuala Nerang, 01 Januari 2023 – Kelab Rakan Muda Padang Terap akan menganjurkan satu Misi Bencana Banjir ke Pantai Timur pada 5 - 7 Januari ini. Negeri Kelantan menjadi pilihan untuk misi kali ini.
Sebelum misi ini dilaksanakan, satu mesyuarat pelaksanaan program telah di adakan di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap pada hari ini. Mesyuarat ini di hadiri oleh ahli jawatankuasa program dan pihak yang turut berkerjasama bagi menjayakan Misi Bencana Banjir.
Ada beberapa NGO telah turut serta untuk menjayakan Misi kali ini, antaranya ialah Koperasi Kontraktor Padang Terap, MAYC Padang Terap, Kelab Belia Kuala Nerang, Persatuan Generasi Padang Terap dan Kelab Kimia Kedah.
DISEDIAKAN OLEH: NOR HUSNA BT ABDUL HAMID (PBSD PADANG TERAP)