Kuala Nerang, 08 Januari 2023 – Misi Bencana Banjir Pantai Timur anjuran Kelab Rakan Muda Padang Terap dengan kerjasama PBSD Padang Terap, Kelab Kimia Kedah, Koperasi Kontrakor Padang Terap, Persatuan Generasi Padang Terap, Kelab Belia Padang Terap dan MAYC Padang Terap telah diadakan pada 5-7 Januari 2023 di Negeri Kelantan.
Pondok Belida di Daerah Pasir Putih telah menjadi pilihan Misi Bencana Banjir kali ini. Pondok Belida ini merupakan tempat persinggahan pertama untuk peserta misi melaksanakan tugasan dan kerja-kerja pembersihan yang diakibatkan bencana banjir besar di Negeri Kelantan baru-baru ini.
Pihak AADK Daerah Pasir Putih juga turut sama-sama membantu membersihkan kawasan tersebut.
DISEDIAKAN OLEH: NOR HUSNA BT ABDUL HAMID (PBSD PADANG TERAP)
- JBS Kedah
- Hits: 56
