SIK KEDAH, 03 JULAI 2022 – Satu lawatan berkenaan Aspek Pengurusan Keselamatan Pejabat telah diadakan pada 30 Jun 2022 (Khamis) yang lalu bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik, Kedah Darul Aman.
Tuan Pengarah JBSN Kedah bersama semua pegawai PBSD telah melakukan lawatan melihat tatacara pengurusan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik dari segi Aspek Pematuhan Keselamatan Jabatan yang merangkumi Komitmen Pengurusan, Keselamatan Fizikal, Keselamatan Dokumen dan Keselamatan Peribadi dan ICT.
Hadir bersama Timbalan Pengarah Belia, Encik Mohammad Suhaimi, Timbalan Pengarah Sukan Puan Siti Hasmah dan Pegawai Tadbir (EO) Encik Hazane bin Muhamed Alwi.
DISEDIAKAN OLEH: PENTADBIR PORTAL (JBSNK)
- JBS Kedah
- Hits: 108
