Pendang, 07 FEBRUARI 2023 – Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pendang telah menerima lawatan daripada Pengerusi dan Setiausaha Persatuan Belia KEDA Tanjung Setul. Turut hadir dalam perbincangan tersebut Pegawai Unit Belia, PBSD Pendang. Persatuan ini yang baru sahaja ditubuhkan pada Januari 2023 dan akan melaksanakan Mesyuarat Agung Pertama dalam waktu terdekat. Beberapa perkara telah dibincangkan dalam sesi perbincangan tersebut seperti hala tuju persatuan serta perancangan untuk melaksanakan aktiviti pada tahun ini bagi menarik ramai belia terlibat dalam persatuan ini. Diharap kerjasama yang terjalin diperhebatkan lagi dalam pelaksanaan program-program khususnya pembangunan belia daerah Pendang.
Disediakan oleh : Ahmad Kamaruizaman Bin Jamaluddin (PBSD Pendang)
- JBS Kedah
- Hits: 83
