ALOR SETAR: 13 FEBRUARY 2023, Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Alor Setar merupakan Pertubuhan Belia bercawangan dalam Daerah Kota Setar. Sesi perbincangan ini diketuai oleh saudara Mohamad Najib bin Mohd Taib bersama Ahli Jawatankuasa Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Alor Setar seramai 7 orang. Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Setar mengucapakan tahniah kepada semua jawatankuasa atas daya usaha mereka mentadbir organisasi belia bercawangan ini. Banyak program yang telah dirancang 4B Kawasan Alor Setar telah disusun untuk dilaksanakan pada tahun 2023. Berdasarkan perlaksanaan program tersebut PBSD Kota Setar bersedia memberi kerjasama yang terbaik untuk menjayakan pelaksanaan program yang dirancang oleh 4B tersebut. Setelah PBSD Kota Setar memberi penerangan program-program yang akan dianjurkan oleh PBSD pada tahun ini, Gerakan Belia 4B Kawasan Alor Setar berminat mengambil bahagian Anugerah Perdana Belia Negara 2023 bagi mewakil Daerah Kota Setar.
Disediakan oleh: Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Setar
- JBS Kedah
- Hits: 106
