LANGKAWI, 1HB MAC 2023 - Telah berlangsung Mesyuarat Induk Budaya dan Karnival LIMA 2023 bertempat Bilik Mesyuarat Utama, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Pulau Langkawi yang telah dihadiri oleh YBrs. Tn.Mohd Nizam Bin Hj Ismail (Pengarah JBSNKedah), YBrs. En.Ahmad Fuad Bin Che Ani@Abd Ghani ,Timbalan Ketua Eksekutif (Pengurusan) LADA bersama YBrs. En. Mohd Yusri bin Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya telah mempengerusikan mesyuarat tersebut.
JBSNKedah telah dipertanggungjawabkan sebagai ahli Jawatankuasa Sambutan, Persembahan Utama dan Sisipan serta Jawatankuasa Pameran, Demonstrasi, Program Interaktif, Kaunter Perkhidmatan dan Food Fusion
Semoga penganjuran Karnival berskala antarabangsa ini dapat dijayakan sebaiknya oleh semua pihak yang terlibat dan seterusnya dapat melestarikan kepelbagaian Budaya Malaysia dengan mempamerkan pelbagai jenis ekspresi seni, budaya, warisan tempatan dan memupuk kebanggaan di kalangan generasi muda terhadap budaya tempatan serta memupuk rasa kekitaan di kalangan masyarakat.
Mesyuarat turut dihadiri oleh En.Mohd Ferdaus Bin Osman (Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Langkawi).
- JBS Kedah
- Hits: 97
