- JBS Kedah
- Hits: 127
NETBALL FOR KIDS KULIM
KULIM, 17 Februari 2023 - Telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Netball For Kids Si Cilik Peringkat Daerah Kulim 2023 yang bertempat di Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech. Majlis pelancaran program ini telah disempurnakan oleh Dato Suraya Binti Yaacob, Presiden Persatuan Bola Jaring Negeri Kedah. Turut hadir pada program ini adalah wakil Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kulim, wakil Kompleks Sukan Hi- Tech Kulim, barisan AJK Persatuan Bola Jaring Negeri Kedah, AJK Persatuan Bola Jaring Daerah Kulim serta AJK Persatuan Bola Jaring Daerah Kuala Muda. Ibu bapa turut hadir memeriahkan gelanggang dengan sokongan dan dedikasi yang diberikan demi mendorong dan memupuk minat anak-anak cilik ini.
Netball For Kids Si Cilik merupakan sebuah platform asas bagi anak-anak yang berminat dan cenderung ke arah permainan bola jaring. Program ini telah berlangsung sejak Disember tahun 2022 dan kini telah berjaya mengumpulkan seramai 48 pelatih terdiri daripada kanak-kanak perempuan berumur 5-12 tahun sekitar daerah Kulim.
Objektif program ini adalah untuk mempromosikan permainan bola jaring kepada si cilik bagi memupuk semangat kesukanan dalam permainan ini sekaligus dapat mencungkil bakat-bakat baru yang bakal menjadi pelapis atlet negara di masa akan datang.
- JBS Kedah
- Hits: 127
