- JBS Kedah
- Hits: 100
PBSD SIK HADIR KE BENGKEL PENGURUSAN & PENGUKUHAN ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA (APBN) 2023 PERINGKAT NEGERI KEDAH.
ALOR SETAR, KEDAH, 08 MAC 2023 – Bengkel Pengurusan & Pengukuhan Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2023 Peringkat Negeri Kedah telahpun diadakan 05 Mac 2023 (Ahad) yang lalu bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah disini.
Bengkel tersebut telah dihadiri seramai 80 orang peserta terdiri daripada wakil persatuan/pertubuhan belia negeri Kedah bersama-sama Pegawai Belia dan Sukan Daerah.
Bengkel ini merupakan inisiatif JBSN Kedah untuk memberikan pencerahan dan maklumat tambahan berkaitan proses pencalonan APBN bagi kategori Pertubuhan Belia.
Bengkel tersebut telah disampaikan oleh Pn. Sri Nilam Juita (Pegawai Penyelaras APBN 2023) daripada Cawangan Pembangunan Kepimpinan, Bahagian Pembangunan Belia, Kementerian Belia dan Sukan.
Daerah Sik telah dihadiri oleh 2 orang wakil persatuan/pertubuhan belia iaitu Kelab Belia Komuniti Berona, Sik.
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK)
- JBS Kedah
- Hits: 100
