JITRA, KEDAH 26 FEBRUARI 2023 – Telah berlangsung Taklimat Penubuhan dan Mesyuarat Penaja Kelab Sukan & Rekreasi Jitra yang telah diadakan pada 26 Februari 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kubang Pasu.
Majlis telah dirasmikan oleh Encik Megat Shahrom Bashir Bin Makhdzir, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Kubang Pasu dan dipengerusikan oleh Encik Mohd Azizi Bin Rashid. Turut hadir bersama adalah Puan Husaini Binti Husain, Pegawai Unit Pembangunan Belia dan Puan Haslinda Binti Harun, Unit Rakan Muda.
Mesyuarat berjalan dengan lancar dan Ahli Jawatankuasa Penaja telah berjaya dilantik dengan persetujuan majoriti.
DISEDIAKAN OLEH : HASLINDA BINTI HARUN (PBSD KUBANG PASU)
- JBS Kedah
- Hits: 122
