SANGLANG, KEDAH 2 MAC 2023 – Pihak Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kubang Pasu telah menjemput Bahagian Mekanikal, Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah untuk mengadakan pemeriksaan menyeluruh berkaitan mekanikal di Kompleks Sukan Komuniti Jerlun. Pemeriksaan tersebut telah dijalankan pada 2 Mac 2023 oleh 3 orang Pegawai Teknikal dari Bahagian Mekanikal JKR Kedah.
Pemeriksaan ini telah dijalankan berikutan nasihat dari Tuan Pengarah agar diadakan pemeriksaan berkala kemudahan yang ada di bawah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah bagi memastikan kelancaran operasi premis dan jaminan keselamatan kepada pengguna.
Terdapat beberapa laporan untuk penambahbaikan telah dikeluarkan dan akan diambil tindakan selanjutnya oleh pihak PBSD Kubang Pasu dan JBS Negeri Kedah
DISEDIAKAN OLEH : HASLINDA BINTI HARUN (PBSD KUBANG PASU)
- JBS Kedah
- Hits: 103
