- JBS Kedah
- Hits: 175
KECEMERLANGAN KELAB RAKAN MUDA BALING DIBUKTIKAN MELALUI SIJIL PENARAFAN 5 BINTANG
BALING, 27 MAC 2023 – Sebanyak tujuh persatuan belia di negeri Kedah telah menerima sijil penarafan lima bintang setelah diperkenalkan oleh Pejabata Pendaftar Pertubuhan Belia, Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) di Dataran Bandar Alor Setar , Kedah pada Jumaat yang lalu.
Penyerahan sijil tersebut diadakan bersempena Program Belia Madani Rakan Muda Imarah Ramadan 1444H@ Alor Setar anjuran Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah dengan kerjasama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kedah. Turut menjadi kebanggaan apabila Kelab Rakan Muda Baling (KRMB) adalah salah satu daripada tujuh penerima sijil tersebut . Wakil KRMB , Masitah Ahmad telah hadir menerima sijil berkenaan dan ditemani Pegawai PBSD Baling , Pn.Maizatul.
Penyerahan sijil telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia Dan Sukan , Adam Adli Abd Halim sambil diiringi Tuan Pengarah JBS Negeri Kedah , En.Mohd Nizam Bin Hj.Ismail.
DISEDIAKAN OLEH : MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)
- JBS Kedah
- Hits: 175
