KUALA NERANG, 26 MAC 2023 – IPD Padang Terap telah mengadakan Sambutan Peringatan Hari Polis ke 216 pada 20 Mac yang lalu bertempat di Dataran Aman, IPD Padang Terap. "Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada". Tahniah kepada Pasukan Polis Daerah Padang Terap yang telah berusaha untuk menjayakan Majlis Sambutan Peringatan Hari Polis Ke 216 kali ini.
Majlis disempurnakan oleh YDH DSP Mulkiaman Bin Manzar, Ketua Polis Daerah Padang Terap dengan dimulai upacara pemeriksaan kawalan kehormatan dan membaca perutusan YDH Ketua Polis Negara serta menyampaikan Sijil Penghargaan kepada Pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis, Penjawat Awam IPD Padang Terap dan orang awam.
DISEDIAKAN OLEH : PBSD PADANG TERAP
- JBS Kedah
- Hits: 104
