BALING, 17 MAC 2023 - Pertandingan Bola Tampar Piala Tuan Pegawai Daerah merupakan anjuran Majlis Sukan Daerah Baling dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Baling. Dilangsungkan bermula 17 hingga 19hb Mac 2023 bertempat di Kompleks Rakan Muda Baling. Pertandingan telah dilaksanakan pada tahun 2019 namun terhenti berikutan penularan Covid 19. Penganjuran pertandingan ini diteruskan bagi tahun ini memandangkan penyertaan dari pasukan-pasukan yang menyertai dalam pertandingan ini sangat menggalakkan. Justeru bagi memastikan bakat-bakat baru dapat terus digilap, pertandingan ini diteruskan pada 17 Mac 2023 bagi kategori bawah 21 tahun dan kategori Campuran manakala pada 18 Mac 2023 bagi kategori lelaki 25 tahun dan kebawah.
JITRA, 16 MAC 2023 -Sedang berlangsung Bengkel Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Peringkat negeri Kedah di Zati Eco Retreat, Wang Tepus, Jitra anjuran Bahagian Pembangunan Rakan Muda, JBS Negeri Kedah dengan kerjasama Yayasan Sultanah Bahiyah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kedah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri (APM) Kedah dan Mycorps Malaysia.
Antara objektif penganjuran bengkel ini adalah untuk :-
Mengenalpasti kepakaran, pengalaman serta keboleh bakal sukarelawan dan bekas peserta program anjuran KBS untuk dipadankan dengan bidang keperluan yang berpotensi untuk dikembangkan;
Menyampaikan maklumat asas berkaitan pengurusan bencana di peringkat negara, negeri dan daerah;
Mewujudkan Pusat Panggilan Sukarelawan Daerah yang berperanan untuk menjadi "one stop centre" bagi mengumpul maklumat, melatih serta menggerakkan inisiatif sukarelawan di seluruh negeri Kedah.
Bengkel ini merupakan inisiatif Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBSN Kedah bagi memperkasakan barisan Sukarelawan (SATRIA) negeri Kedah dengan pelbagai pengisian seperti:
- Taklimat Skuad Sukarelawan Anak Muda (SATRIA) oleh JBS Negeri Kedah - Taklimat MKN20 oleh APM Negeri Kedah - Pengenalan Psychological First Aid (PFA) oleh Yayasan Sultanah Bahiyah - Fiqh Bencana oleh ABIM Negeri Kedah - Sembang Santai "Sukarelawan@Sukarelawang" Di mana kita? yang menampilkan panel iaitu Yayasan Sultanah Bahiyah, ABIM Negeri Kedah dan saudari Puteri Seri Mawar Megat Abdul Rahmani (Pemenang APBN Kebangsaan Kategori Individu Wanita 2022)
Jutaan terima kasih kepada rakan kolaborasi strategik bagi penganjuran bengkel ini. Semoga hasrat dan matlamat pelaksanaan bengkel ini akan tercapai dan dapat disebarluaskan kepada sukarelawan di luar sana.
LANGKAWI, KEDAH – 14.03.2023, PengerusiPuspanita Cawangan KecilLangkawi Datin Fauziah Binti Halim, hadir ke majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Ahli Jawatankuasa Puspanita Cawangan Kecil Langkawi bagi tahun 2023-2024.
Seramai lebih kurang 18 orang Ahli Jawatankuasa hadir ke Majlis Penyerahan Watikah perlantikan yang diadakan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi pada hari ini.
Pengerusi berharap semua yang dilantik dapat bekerjasama dalam menjayakan aktiviti untuk ahli Puspanita amnya.
Puan Nurul fitriah Hj Drani dari Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Langkawi telah di lantik sebagai AJK Biro Sukan & Rekreasi Puspanita Cawangan Kecil Langkawi .
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
SIK KEDAH, 16 MAC 2023 – Pertandingan “Lego Challenge” generasi muda telahpun diadakan pada 14 Mac 2023 (Selasa) yang lalu bertempat di Perpustakaan Awam Daerah Sik, Sik, Kedah Darul Aman disini.
Pertandingan ini diadakan bertujuan mencungkil bakat peserta cilik melalui skill dan kemahiran generasi muda cilik disamping generate psychomotor mereka di usia muda. Ibu bapa yang turut hadir dapat melihat perubahan bakat anak-anak mereka yang cenderung ke arah yang sepatutnya. Pertandingan seumpama ini dapat memberi kesan impak dan kecerdasan minda terhadap anak-anak.
Pertandingan ini anjuran Perpustakaan Awam Daerah Sik dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Sik dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik serta panel juri dari Pensyarah Institut Kemahiran Mara (IKM) Sik.
SUNGAI PETANI, 15 MAC 2023 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dengan kerjasama Masjid Bandar Perdana telah mengadakan Mesyuarat Bersama Jawatankuasa Masjid Bandar Perdana serta mengadakan lawatan tapak bagi Program Rakan Muda Ramadhan Peringkat Negeri Kedah pada 14 Mac 2023 yang bertempat di Masjid Bandar Perdana, Sungai Petani, Kedah
Pelaksanaan Program Rakan Muda Ramadhan Peringkat Negeri Kedah akan diadakan pada bulan Ramadhan nanti, ini adalah merupakan program tahunan yang akan dilaksanakan daripada peringkat Negeri.
Antara pengisiannya adalah Pertandingan Hafazan, Tazkirah Ramadhan, Tadarus dan Khatam Al-quran, Majlis Perasmian Penutup serta Majlis Berbuka Puasa Bersama Pemimpin, Belia dan penduduk.
DISEDIAKANOLEH: SITI FAIRUS BINTI MD ISA ( PBSD KUALA MUDA)
SUNGAI PETANI, 15 MAC 2023 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda dengan kerjasama Corporate Hero Century Sdn Bhd telah menganjurkan Program Bukit Banyan Hero Run 2023 pada 11 Mac 2023 yang lalu bertempat di Taman Rekreasi Bukit Banyan.
Seramai 1200 orang peserta menyertai program tersebut melibatkan 2 kategori jarak larian iaitu 5km dan 10 km. Program tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta sama ada penduduk sekitar Sungai Petani, luar Daerah dan Negeri.
Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Nazifah Binti Zubir yang mewakili bagi pihak tuan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
DISEDIAKANOLEH: SITI FAIRUS BINTI MD ISA ( PBSD KUALA MUDA)
SUNGAI PETANI, 15 MAC 2023 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda dengan kerjasama Puspanita Cawangan Kecil Daerah Kuala Muda telah menganjurkan Pertandingan Bola Jaring Piala Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil Daerah Kuala Muda pada 13 Mac 2023 bertempat di Sport Arena Amanjaya.
Seramai 10 pasukan menyertai pertandingan tersebut yang merupakan ahli puspanita mewakili Jabatan masing – masing dan NGO dalam sekitar Sungai Petani. Turut hadir sekali dalam pertandingan tersebut ialah Puan Nazwa Binti Mohd Rosley Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil Daerah Kuala Muda serta tuan Pegawai Daerah Kuala Muda. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Nazwa Binti Mohd Rosley Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil Daerah Kuala Muda.
DISEDIAKANOLEH: SITI FAIRUS BINTI MD ISA (PBSD KUALA MUDA)
BALING, 07 MAC 2023 – Pada 6 Mac yang lalu , satu taklimat berkenaan Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Kedah telah diadakan di Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Kedah , Alor Setar .Taklimat ini diadakan bagi memberikan input kepada persatuan-persatuan belia di negeri Kedah tentang APBN ini yang diadakan setiap tahun dan telah dihadiri oleh semua pegawai-pegawai belia dan sukan serta penolong pegawai unit Belia daerah di negeri Kedah .
Turut hadir Pegawai PBSD Baling dan Penolong Pegawai PBSD Baling Unit Belia dan wakil-wakil persatuan belia seluruh daerah dalam negeri Kedah .
DISEDIAKAN OLEH : MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)
ALOR SETAR, KEDAH, 08 MAC 2023 – Bengkel Pengurusan & Pengukuhan Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2023 Peringkat Negeri Kedah telahpun diadakan 05 Mac 2023 (Ahad) yang lalu bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah disini.
Bengkel tersebut telah dihadiri seramai 80 orang peserta terdiri daripada wakil persatuan/pertubuhan belia negeri Kedah bersama-sama Pegawai Belia dan Sukan Daerah.
Bengkel ini merupakan inisiatif JBSN Kedah untuk memberikan pencerahan dan maklumat tambahan berkaitan proses pencalonan APBN bagi kategori Pertubuhan Belia.
Bengkel tersebut telah disampaikan oleh Pn. Sri Nilam Juita (Pegawai Penyelaras APBN 2023) daripada Cawangan Pembangunan Kepimpinan, Bahagian Pembangunan Belia, Kementerian Belia dan Sukan.
Daerah Sik telah dihadiri oleh 2 orang wakil persatuan/pertubuhan belia iaitu Kelab Belia Komuniti Berona, Sik.