BALING, 19 MAC 2023 – Telah berlangsung Program Outreach Belia Daerah Baling Siri 1 di Masjid Ar-Rahman , Kuala Ketil , Baling . Program ini adalah anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Baling dengan kerjasama Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) yang akan dilaksanakan di setiap mukim di daerah Baling .
PBSD Baling telah diminta untuk menghantar sukarelawan mahir bagi membantu membersihkan kubah masjid . Seramai 5 orang sukarelawan mahir telah hadir bagi membantu menggunakan kemahiran tali bagi memastikan keselamatan terjaga ketika melakukan pembersihan kubah masjid tersebut.
Turut hadir ialah Pn.Maizatul Akmam binti Adam , Pegawai PBSD Baling .
DISEDIAKAN OLEH : MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)
- JBS Kedah
- Hits: 140
