ALOR SETAR, 28HB FEBRUARI 2023- Tn. Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Encik Mohd Nizam Bin Haji Ismail telah mengadakan kunjungan hormat kepada Yayasan Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Beliau disambut oleh Dato' Dr Kamaruzaman Ali - Ahli Lembaga Amanah YSB / Pengerusi Program Pembangunan Remaja Projek Titian Ehsan YSB Dan Puan Misbah Dato' Haji Abdul Hamid - Pengurus Besar YSB.
Di antara matlamat sesi kunjungan hormat ini adalah :~
~ bagi berbincang dan mengeratkan lagi kerjasama yang telah terjalin sebelum ini;
~ bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman mengenai isu-isu yang berkaitan program Belia, Sukan dan Rakan Muda;
~membuka ruang perbincangan secara langsung yang menyentuh kerjasama pelbagai isu belia, kesukarelawanan, Corporate Social Responsibility (CSR) dan lain-lain perkara;
~pemerkasaan kerjasama strategik JBSN Kedah dan YSB dalam program anjuran Jabatan/YSB.
Harapan JBSNKedah semoga sesi kunjungan hormat ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan JBSN Kedah dan YSB demi pembangunan Belia negeri Kedah.
- JBS Kedah
- Hits: 70
