BANDAR BAHARU, 30 MAC 2023 - Kelab Senamrobik Serdang telah mengadakan Mesyuarat Penaja Penubuhan Kelab pada hari Khamis, 30 Mac 2023 bertempat di bilik mesyuarat Kompleks Sukan Komuniti Bandar Baharu. Kelab tersebut telah menjemput Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Bandar Bahru iaitu En Shamsul Qamar bin Shamsuddin, Pen. Peg. Belia dan Sukan, Pn Nur Adila bt Mohamad serta Pembantu Belia dan Sukan iaitu En Hafiz sebagai penasihat untuk menubuhkan kelab tersebut.
Antara pengisian utama adalah En Shamsul telah menerangkan secara terperinci mengenai perlembagaan penubuhan kelab serta perlantikan jawatankuasa dalam kelab turut dibuat pemilihan.
Mesyuarat yang bermula pada 9.30 pagi itu berakhir pada jam 12.00 tengahari dan telah dihadiri seramai 9 orang ahli Kelab Senamrobik Serdang.
DISEDIAKAN OLEH : PBSD BANDAR BAHARU
- JBS Kedah
- Hits: 78
