BALING, 19 MAC 2023 – Semalam telah berlangsung Pertandingan Bola Tampar Piala Pegawai Daerah Baling Kategori Lelaki Bawah 25 tahun anjuran Majlis Sukan Daerah Baling dengan kerjasama Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Baling di Gelanggang Tertutup Bola Tampar , Kompleks Rakan Muda Baling. Sebanyak 8 pasukan telah bertanding yang mewakili daerah-daerah dalam negeri Kedah .
Pemenang pertandingan membawa pulang piala pusingan , hadiah wang tunai serta hadiah iringan . Turut hadir ialah Pn.Maizatul Akmam binti Adam , Pegawai PBSD Baling yang telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang .
DISEDIAKAN OLEH : MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)
- JBS Kedah
- Hits: 134
