KEDAH, 9 MEI 2023 – Majlis Mesra Aidilfitri Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah telah berlangsung dengan suasana yang meriah di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah baru-baru ini.
Aneka juadah telah disediakan antaranya roti jala, ketupat, rendang, sate, mi goreng, kuih muih dan banyak lagi. Menu utama pula adalah nasi minyak yang mula dihidangkan sebaik sahaja majlis bermula iaitu pada jam 12.00 tengahari sehingga 2.00 petang.
Kemeriahan Syawal yang dirai ini turut diserikan lagi dengan persembahan daripada Utaqa Busker’s kumpulan muzik yang diwakili oleh kakitangan JBSN Kedah sendiri.
Warga JBSN Kedah sangat berbesar hati menerima kehadiran CP Datuk Wan Hassan bin Wan Ahmad Ketua Polis Negeri Kedah, YB Mohd Firdaus bin Ahmad Ali Exco Belia dan Sukan Negeri Kedah dan Prof. Datuk Abd. Aziz Tajuddin, Naib Canselor Universiti Antarabangsa Albukahry (AIU). Turut sama dalam majlis ini adalah pihak NGO serta rakan strategik yang telah banyak membantu dalam menjayakan program di bawah seliaan pihak jabatan selama ini. Jutaan terima kasih kepada semua yang sudi memeriahkan majlis ini.
DISEDIAKAN OLEH : JBSN KEDAH
- JBS Kedah
- Hits: 64
