TAIPING, 23 MEI 2023 - Seramai 120 orang peserta telah menyertai program ini yang berlangsung di Penjara Taiping. Program kerjasama PBSD dan Jabatan Penjara Malaysia ini memberi pendedahan dan impak kesedaran kepada peserta mengenai pencegahan serta keterlibatan kegiatan jenayah dan masalah sosial. Program ini dirasmikan oleh En. Zaidi Zakariya, Pegawai Belia dan Sukan
BANDAR BAHARU – 20 Mei 2023 – Satu program senaman yang bertemakan Jom Cergas Aktif Sihat iaitu Program Fit @ Community Peringkat Negeri Kedah telah diadakan di Daerah Bandar Baharu pada 20 Mei 2023 bertempat di Tasek Serdang bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 10.00 pagi.
Program ini telah disertai seramai 40 orang penduduk sekitar Serdang yang mana dipimpin oleh Persatuan Senamrobik Kulim (PSK). Antara senaman yang dilakukan adalah Aerodance dan Jogging. Program ini juga adalah kerjasama dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah & PESINAR.
Disediakan oleh :Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
KEDAH, 29 MEI 2023 - Telah berlangsung Program Kemahiran Latihan Asas (KLAS) Renang Daerah Kota Setar melibatkan 20 orang pelajar lelaki dan 20 orang pelajar perempuan. Sesi latihan dibahagikan kepada kumpulan 1 (sejam) bermula jam 5 petang hingga 6 petang. Dan kumpulan 2 bermula jam 6 petang hingga 7 petang. Program ini diadakan di RNJ Swimming Academy, Tandop, Alor Setar, Kedah. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini melibatkan para ibubapa, Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Setar, Persatuan Jurulatih Renang Malaysia (MASWIM) dan agensi kerajaan dan swasta.
"Selamat belajar berenang adik-adik..moga berjaya"
ALOR SETAR KEDAH, 15 MEI 2023 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah baru-baru ini telah mengadakan majlis persaraan kakitangannya yang akan bersara sempena majlis Perhimpunan Bulanan JBSN Kedah dan Majlis Mesra Aidilfitri JBSN Kedah 2023 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah. Majlis persaraan ini telah disempurnakan oleh En. Mohd. Nizam Bin Ismail, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
Selamat bersara diucapkan kepada mereka berdua yang bertugas di PBSD Sik iaitu Encik Mohd Wajih Bin Din, Pembantu Belia dan Sukan (S22) yang bersara wajib dan Pn. Che Siah Mahmud, Pembantu Tadbir & Perkeranian (N22) bersara pilihan pada penghujung Mei 2023 ini.
Semoga keduanya diberi kesihatan yang berpanjangan di usia persaraan ini dan di harapkan agar jalinan ukhwah yang pernah terjalin antara kita semua akan kekal selamanya..
KULIM, 27 MEI 2023 - Telah berlangsung Program Aktif@Sukan Tradisional melibatkan penduduk Felda Gunung Bongsu.
Pelbagai aktiviti & pertandingan yang menarik disediakan seperti :-
~ Senamrobik ~ Tarik Tali ~ Dam aji ~ Batu Seremban ~ Sepak Raga Bulatan ~ Congkak ~ Tarik Upih ~ Lari Dalam Guni ~ Kupas & Kukuq Nyoq ~ Anyam Daun Palas (Ketupat)
Penganjuran Program Aktif@Sukan Tradisional ini merupakan anjuran JBSNKedah bersama Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kulim dengan kerjasama yang baik dari Pengurusan Felda Gunung Bongsu Kulim, Majlis Belia Felda Gunung Bongsu, Persatuan Senamrobik Daerah Kulim, APM Daerah Kulim serta agensi-agensi berkaitan.
Seramai 250orang warga penduduk Felda Gunung Bongsu bersama-sama meriahkan program pada hari ini.
Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta, barisan urusetia dan team teknikal, hampa semua memang terbaik????
ALOR SETAR, 24 MEI 2023– Bersempena penganjuran Program KLAS : Renang 2023 Negeri Kedah Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar telah mengambil inisiatif untuk mengadakan satu sesi taklimat kepada peserta dan ibu / bapa yang bakal mengikuti Siri 1 latihan yang dijadualkan akan bermula pada 26 dan 27 Mei 2023 .
Agenda taklimat ini adalah untuk memberi penerangan berkaitan objektif program serta bagi mendapatkan maklum balas ibu/ bapa terutamanya dari aspek komitmen serta ekspektasi yang perlu para peserta dan ibu bapa penuhi sebelum dan semasa mengikuti latihan.
Pada sesi tersebut turut diserahkan kit peserta secara percuma termasuk baju renang dan ;goggles’.
DISEDIAKAN OLEH : MOHD SHAKIR BIN NAWAWI ( PBSD KOTA SETAR )
ALOR SETAR KEDAH, 30 MEI 2023 - Berlangsung sesi Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Kedah 2023 bagi kategori Individu Wanita & Lelaki serta kategori Pertubuhan Belia pada 30 dan 31 Mei 2023 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri kedah baru- baru ini.
Pelaksanaan APBN adalah untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada individu dan pertubuhan belia yang telah memberi sumbangan kepada pembangunan belia negara.
BALING, 25 MEI 2023 – Pagi ini telah berlangsung Program Gotong-Royong Dan Penanaman di Daerah Baling Tahun 2023 #seed4ourfuture di bawah Program Local Agenda 21 (LA21) Majlis Daerah Baling anjuran Majlis Daerah Baling . Tuan Pegawai Daerah Baling , Haji Mohd Shahadan telah hadir bagi merasmikan program ini .
Sebanyak 41 pokok yang berlainan jenis telah ditanam bagi menyempurnakan acara program pagi ini dengan kehadiran jemputan seperti wakil dari Setiausaha Bahagian (Kerajaan Tempatan) Negeri Kedah , Ketua Balai Bomba Daerah Baling , Pengurus SWCorp Cawangan Baling/Sik , Pengurus Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Daerah Baling , Pengetua MRSM Baling , Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Desa Camelia .
Turut hadir jemputan program, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Baling , Pn.Maizatul Akmam Binti Adam.
DISEDIAKAN OLEH : MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)
BANDAR BAHARU – 23 Mei 2023 – Sambutan Program Y2Y Social Outreach Peringkat Daerah Bandar Baharu telah diadakan pada 23 Mei 2023 bertempat di Kompleks Penjara Seberang Perai bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang.
Program ini telah disertai oleh 100 orang pelajar dari 3 buah sekolah sekitar Daerah Bandar Baharu iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Serdang, Sekolah Menengah Kebangsaan Serdang Baru dan Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Buntar.
Antara pengisian yang telah dibuat pada program tersebut antaranya Taklimat oleh Insp Syaiful ‘Pencegahan jenayah dalam konteks kepenjaraan’, Lawatan ke luar pintu besar dan bergambar oleh Insp Hazwanz(UKP) dan Lawatan ke galeri /Cash N Carry & Nenas oleh KIP Aiza (VI).
Peserta program yang merupakan pelajar dari tingkatan tiga hingga tingkatan lima telah dipilih menyertai program tersebut bagi memberi kesedaran awal agar tidak terlibat dengan masalah sosial pada masa akan datang.
Disediakan oleh :Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)