Pendang, 14 Jun 2023 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pendang telah mengadakan taklimat Anugerah Perdana Rakan Muda bertempat di Akademi Sains Pendang.
Taklimat ini disampaikan oleh Pegawai Unit Rakan Muda, Encik Azrai bin Noor Azhar. Taklimat ini juga turut dihadiri oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pendang, Guru Penolong Kanan I, Guru Penolong Ko-Kurikulum dan guru-guru yang lain
Penyertaan taklimat ini melibatkan 150 orang pelajar yang berminat menyertai program ini. Objektif bagi program ini adalah menyediakan diri remaja menghadapi cabaran dalam membentuk karakter diri dan penyerlahan potensi, membentuk pembangunan remaja secara holistik melalui penyertaan dan pengiktirafan dalam aktiviti seimbang di bawah 4 komponen, memupuk semangat kesukarelawan serta mengiktiraf sumbangan remaja dalam aktiviti kemasyarakatan dan meningkatkan potensi kepimpinan remaja sebagai pemimpin elit muda
- JBS Kedah
- Hits: 146
