SUNGAI PETANI, 24 JUN 2023 - Entrepreneur Pocket Talk Bersama Leeyani Zaki dalam Program Jelajah Genta Belia 2023 Peringkat Daerah Kuala Muda bertempat di Tapak Parking Jam Besar, Sungai Petani Kedah.
Antara pengisiannya adalah perkongsian bagaimana beliau bermula menjadi seorang usahawan didalam perniagaan sehingga berjaya membuka sebuah butik pakaian.
PANTAI MURNI, YAN, KEDAH. 24 JUN 2023 – Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Negeri Kedah telah melaksanakan Program Gerak Rahmah – Jom Bersih dan Indah Peringkat Negeri Kedah bertempat di Dataran Pantai Murni Yan.
Pelbagai acara diadakan sempena program ini. Antaranya adalah kayuhan santai bermula dari Pejabat Daerah Yan ke Pantai Murni, cabutan bertuah, gotong-royong membersih kawasan Pantai Murni dan senamrobik. Bagi acara senamrobik ini diuruskan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Yan dengan kerjasama Persatuan Senamrobik Daerah Yan.
Majlis Perasmian Penutup Program ini telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah. Hadir sama Tuan Pengarah JPNIN Negeri Kedah,Tn Hj Ahmad Puat B.Hj Junus dan pegawai-pegawai jabatan dalam Daerah Yan. Beserta juga penyertaan dari NGO-NGO melalui agensi kerajaan dalam Daerah Yan.
YAN BESAR, YAN, KEDAH. 16 JUN 2023 – NCER Daerah Yan telah melaksanakan Program induksi EmpowerNCER Daerah Yan – Program Kemahiran dan Keusahawanan di Dewan Dato’ Madi, Yan. Program melibatkan 100 orang penyertaan dari Daerah Yan.
Objektif utama program modal insan ini dijalankan adalah untuk membantu rakyat tempatan melalui program pendidikan bagi golongan pelajar dan program peningkatan kemahiran dan keusahawanan bagi golongan B40. Impak daripada program program ini diharapkan dapat menghindarkan kemiskinan pada masa hadapan melalui pendidikan dan dapat menjana pendapatan melalui perniagaan dan penempatan pekerjaan.
Majlis Perasmian Penutup Program ini telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah. Hadir sama ialah Puan Sharifah Samira Binti Syed Sagaf ( Penolong Pengurus Pejabat NCIA Negeri Kedah), Encik Muhammad Nurasraf Bin Nordin (Pengurus Projek empowerNCER Kedah/Perlis), Encik Mohd Nor Hazwan Bin Hadzir (Eksekutif NCIA Kedah/Perlis), Encik Ahmad Shikran Bin Shaharudin (Professional Learning Facilitator) dan para urus setia dari Pejabat NCIA Kedah serta pegawai-pegawai jabatan dalam Daerah Yan.
YAN BESAR, YAN, KEDAH. 14 JUN 2023 – Mesyuarat Jawatankuasa Fokus Group Pembasmian Kemiskinan Daerah (FGD) Yan Bilangan 6 Tahun 2023 telah dilaksanakan bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Yan. Mesyuarat dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tuan Muhamad Subhi bin Abdullah Pegawai Daerah Yan.
Taklimat ringkas berkenaan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) disampaikan oleh Y.Bhg. Prof, Madya Dr. Roslina binti Kamaruddin Pengarah Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (EcoFI) Universiti Utara Malaysia. Juga Pembentangan Hasil Profiling dan Cadangan Projek Bagi Peserta Program Pembasmian Miskin Tegar (BMT) Fasa 2 Daerah Yan disampaikan oleh Puan Zalila binti Othman dari EcoFI UUM.
Mesyuarat dihadiri oleh Ketua dan Pegawai-Pegawai agensi Kerajaan dalam Daerah Yan. En Johardi bin Rosla hadir mewakili Pegawai Belia dan Sukan Daerah Yan.
DISEDIAKAN OLEH : PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH YAN
YAN BESAR, YAN, KEDAH. 7 JUN 2023 – Mesyuarat Pelaksanaan Program Gerak Rahmah telah diadakan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Yan bagi menentukan gerakerja “Program Gerak Rahmah – Jom Bersih dan Indah Peringkat Negeri Kedah. Program yang akan dilaksanakan nanti adalah anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasioanal Negeri Kedah.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Muhammad Subhi bin Abdullah Pegawai Daerah Yan. Taklimat program disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Puat bin Haji Junus Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasioanal Negeri Kedah. Dalam taklimat ini dimaklumkan bahawa program berkenaan akan dilaksanakan pada 24/6/2023 bertempat di Pantai Murni Yan. program ini akan melibatkan penyertaan dari agensi-agensi kerajaan, swasta dan NGO dalam Daerah Yan.
Mesyuarat juga memutuskan supaya Pejabat Belia dan Sukan akan melaksanakan aktiviti senamrobik kepada semua peserta-peserta program berkenaan. Puan Asnatul Adha binti Ahmad Pegawai Belia dan Sukan Daerah Yan hadir bersama pegawai-pegawai agensi kerajaan lain pada mesyuarat berkenaan
POKOK SENA, 27 JUN 2023 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena dengan kerjasama Perjara Pokok Sena dan Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar telah menganjurkan Program Intervensi Sosial Dari Belia Untuk Belia (Y2Y) yang diadakan di Dewan Serbaguna Penjara Pokok Sena pada 21 Jun 2023. Program ini melibatkan 100 orang yang terdiri dari 5 buah sekolah menengah di sekitar daerah Pokok Sena.
Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada peserta berkaitan risiko terlibat dalam jenayah dan masalah sosial. Selain itu, mencegah keterlibatan belia dalam kegiatan jenayah dan masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah, jenayah kekerasan , jenayah harta benda, rasuah, dan lain - lain.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh TKP Abdul Kadir Jailani Bin Ismail, Pengarah Penjara Negeri Kedah. Turut hadir, TKP Aminon Bin Adnan, Pengarah Penjara Pokok Sena, Ustaz Mohamad Hafiz Bin Zakaria, Penolong PPD Bahagian Pembangunan Bakat Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar dan Encik Muhammad Bin Alli, Pegawai Belia dan Sukan daerah Pokok Sena.
Disediakan oleh : Mohd Sobry Bin Md Akhir (PBSD Pokok Sena)
BALING, 15 JUN 2023 – Program Aktiviti Kayak Sempena Tamat Latihan Industri telah berlangsung pagi ini . Program ini telah diselaraskan sendiri oleh pelajar-pelajar Latihan Industri dari UiTM Perlis yang akan menamatkan latihan industri mereka di Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Baling . Setelah 3 bulan menimba pengalaman dalam alam pra-pekerjaan , pada hari terakhir , pelajar-pelajar ini telah menyelaras satu program rekreasi fizikal iaitu kayak. Ianya adalah salah satu program wajib yang diselaraskan sendiri oleh para pelajar Latihan Industri bagi menyempurnakan latihan industri mereka selama 3 bulan . Turut serta dalam program ini adalah Pegawai PBSD Baling , Puan Maizatul Akmam Binti Adam.
DISEDIAKAN OLEH : MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)
BALING, 10 JUN 2023 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Baling telah melaksanakan Program LASBELA Jentikan Hati @ Y2Y Baling di Pusat Latihan Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Sungai Petani dan Penjara Sungai Petani. Peserta yang terlibat terdiri daripada pelajar Kolej Komuniti Baling dan belia setempat Daerah Baling.
Matlamat utama pelaksanaan program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada para belia agar tidak terlibat dengan gejala sosial, penyalahgunaan dadah serta kes jenayah. Taklimat dan juga sesi motivasi telah diberikan oleh Pegawai Penjara Sungai Petani.
Sesi petang pula berlangsung di Pusat Pusat Latihan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) berkaitan dengan jenis-jenis dadah serta kesan buruk dadah dalam pelbagai aspek terutamanya terhadap masa depan belia. Slot bersama AADK diteruskan dengan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dan permainan ringkas dengan tujuan memupuk jalinan kerjsama antara peserta.
DISEDIAKAN OLEH : MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)
BALING, 10 JUN 2023 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Baling telah melaksanakan Program LASBELA Jentikan Hati @ Y2Y Baling di Pusat Latihan Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Sungai Petani dan Penjara Sungai Petani. Peserta yang terlibat terdiri daripada pelajar Kolej Komuniti Baling dan belia setempat Daerah Baling.
Matlamat utama pelaksanaan program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada para belia agar tidak terlibat dengan gejala sosial, penyalahgunaan dadah serta kes jenayah. Taklimat dan juga sesi motivasi telah diberikan oleh Pegawai Penjara Sungai Petani.
Sesi petang pula berlangsung di Pusat Pusat Latihan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) berkaitan dengan jenis-jenis dadah serta kesan buruk dadah dalam pelbagai aspek terutamanya terhadap masa depan belia. Slot bersama AADK diteruskan dengan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dan permainan ringkas dengan tujuan memupuk jalinan kerjsama antara peserta.
DISEDIAKAN OLEH : MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)