PADANG TERAP KEDAH, 26 JUN 2023 – Kursus Kepimpinan Pengurusan Kelab Rakan Muda Daerah Padang Terap telahpun diadakan dengan jayanya pada 22 hingga 24 Jun 2023 yang lalu bertempat di Homestay Teratak Puding Emas, Sik, Kedah Darul Aman disini.
Kehadiran peserta terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Kelab Rakan Muda Daerah Padang Terap adalah seramai 10 peserta. Objektif kursus ini diadakan adalah untuk melatih kepimpinan Ahli Jawatankuasa Kelab Rakan Muda berkenaan pengurusan organisasi pentadbiran kelab disamping melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebagai pemimpin organisasi kelab/persatuan.
Penganjuran kursus ini dilaksanakan oleh Kelab Rakan Muda Daerah Padang Terap telah mendapat kerjasama dan sokongan daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap.
Majlis Penutup kursus berkenaan telah disempurnakan oleh En. Mohd Farizan Bin Mat Arshad, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap. Hadir bersama En. Muhamad Zaidan Bin Zainuddin, Pengerusi Kelab Rakan Muda Daerah Padang Terap.
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
- JBS Kedah
- Hits: 120
