- JBS Kedah
- Hits: 93
FIT MALAYSIA
daftarlah sekarang dan jadi sebahagian dari kami di Fit Malaysia Edisi Kedah 2023
- JBS Kedah
- Hits: 93
KULIM, 22 Julai 2023-Kompleks Sukan Hitech Kulim, berlangsung Kejohanan Liga Sukan Komuniti Bola Jaring Peringkat Daerah Kulim. Kejohanan ini disertai oleh 20 pasukan dan majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En. Zaidi Zakariya Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kulim. Pasukan yang bergelar Johan dan Naib Johan akan mewakili Daerah Kulim ke kejohanan peringkat negeri kelak.
DISEDIAKAN OLEH : PBSD KULIM
KULIM, 23 Julai 2023-Surau Ladang Bukit Sidim, seramai 40 orang peserta menyertai program ini. Bagi siri pertama ini PBSD mengajurkan program gotong royong mengacau bubur asyura dan membuat edaran kepada seluruh warga penduduk setempat. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama PBSD,Kelab Rakan Muda Padang Serai,Pertubuhan Belia Hindu Taman Kenari dan Persatuan Belia Warisan Ladang Bukit Sidim.
DISEDIAKAN OLEH : PBSD KULIM
POKOK SENA, 27 JULAI 2023 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena dengan kerjasama Kelab Sukan Kecergasan Seri Wawasan dan Kelab Bola Jaring Poksen telah menganjurkan Kejohanan Bola Jaring Liga Sukan Komuniti 2023 Peringkat Daerah Pokok Sena baru-baru ini. Kejohanan tersebut telah diadakan di Sena Sports. Sebanyak 13 pasukan yang bertanding pada kejohanan ni.
Perasmian dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Muhammad Azim Bin zainal, Penolong Pegawai Daerah Pokok Sena. Tahniah buat pasukan Sunflower yang telah dinobatkan sebagai johan dan Girls Of Glory sebagai naib johan. Para peserta berharap program seperti ini dapat diadakan pada masa akan datang agar dapat mencungkil bakat – bakat di peringkat akar umbi.
Disediakan oleh : Mohd Sobry Bin Md Akhir (PBSD Pokok Sena)
POKOK SENA, 27 JULAI 2023 – Pasukan Sunflower telah dinobatkan sebagai johan di Kejohanan Bola Jaring Liga Sukan Komuniti 2023 Peringkat Daerah Pokok Sena pada 22 Julai 2023 baru ini. Pada aksi perlawanan akhir pasukan Sunflower bertemu dengan pasukan Girls Of Glory dan berkesudahan dengan jaringan 14 – 11.
Pasukan Sunflower telah membawa pulang wang tunai sebanyak RM500 beserta medal. Pasukan Sunflower juga akan mewakili daerah Pokok Sena bersama pasukan Girls Of Glory selaku naib johan ke Kejohanan Bola Jaring Liga Sukan Komuniti 2023 Peringkat Negeri Kedah yang dijangka berlangsung pada bulan September.
Disediakan oleh : Mohd Sobry Bin Md Akhir (PBSD Pokok Sena)
Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah
Kemaskini Terakhir: 19-05-2026, 09:52:06