BANDAR BAHARU – 09 Julai 2023 – Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kulim Bandar Baharu telah mengadakan Kejohanan Bola Tampar MSSD Kulim Bandar Baharu di Kompleks Sukan Komuniti Bandar Baharu pada 09 Julai 2023 sehingga 12 Julai 2023.
Kejohanan ini telah disertai seramai 68 pasukan yang terdiri daripada 4 kategori iaitu pelajar yang berumur di bawah 12 tahun lelaki,bawah 12 tahun perempuan bawah 18 tahun lelaki dan bawah 18 tahun perempuan. Pasukan bagi umur bawah 12 tahun adalah seramai 30 pasukan manakala bawah 18 tahun seramai 38 pasukan. Jumlah urusetia teknikal sepanjang kejohanan ini berlangsung iaitu selama 4 hari adalah 46 orang.
Kejohanan ini berlangsung seawal jam 08.00 pagi dan berakhir pada jam 05.00 petang. Bagi pemenang tempat pertama untuk 4 kategori ini adalah SK Taman Mutiara (bawah 12 tahun lelaki), SK Taman Mahsuri A (bawah 12 tahun perempuan), SMK Dato' Lela Pahlawan (bawah 18 tahun perempuan) dan SMA Tarbiah (bawah 18 tahun lelaki).SMK Serdang Baru merupakan penganjur untuk kejohanan bola tampar ini.
DISEDIAKAN OLEH : PBSD BANDAR BAHARU
- JBS Kedah
- Hits: 130
