- JBS Kedah
- Hits: 90
PROGRAM MOBILISASI SKUAD SUKARELAWAN ANAK MALAYSIA ( SATRIA ) (RAKAN PRIHATIN) PERINGKAT DAERAH KOTA SETAR
Alor Setar, Kedah , 31 Julai 2023 – Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Setar dengan kerjasama Kelab Rakan Muda Parlimen Alor Setar, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar, AADK Daerah Kota Setar dan Pokok Sena serta Skuad AADK Alor Setar dan Pokok Sena bersama Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong, Alor Setar telah melaksanakan Program Mobilisasi Skuad Sukarelawan Anak Malaysia ( Satria ) (Rakan Prihatin) berbentuk Ceramah dan Kuiz Kesedaran Bahaya Ancaman Dadah di Kalangan Belia dan Pelajar Sekolah di Dewan SMK Mergong.
Sesi Ceramah telah disampaikan oleh Encik Muhammad Ali Bin Noh daripada Unit Pencegahan AADK Daerah Kota Setar. Program ini melibatkan penyertaan seramai 59 orang pelajar SMK Mergong. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada belia tentang bahayanya ancaman dadah di dalam komuniti serta menggalakkan belia untuk menceburi dunia kesukarelawanan dan kemanusiaan secara lebih profesional. Turut hadir bersama En Zahir Bin Meh@Husin-Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Mergong serta guru-guru kaunseling.
DISEDIAKAN OLEH : NOR HASIMAH BT ABD HAMID ( PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH KOTA SETAR )
- JBS Kedah
- Hits: 90
