KULIM, 5 O OGOS 2023 - Kompleks Sukan Hitech Kulim, berlangsung Kejohanan Liga Sukan Komuniti Futsal Peringkat Daerah Kulim. Kejohanan ini disertai oleh 20 pasukan dan majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En. Zaidi Zakariya Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kulim. Pasukan yang bergelar Johan dan Naib Johan akan mewakili Daerah Kulim ke kejohanan peringkat negeri kelak.
ALOR SETAR, KEDAH, 30 OGOS 2023 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah pada hari ini telah mengadakan Majlis Tamat Latihan kepada seorang pelatih praktikal di jabatan ini iaitu Nursyazana binti Ramli. Beliau merupakan pelajar dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia yang telah menjalani latihan praktikal di jabatan ini selama enam bulan bermula 20 Mac 2023 dan berakhir pada hari ini.
Beliau telah didedahkan dengan suasana pekerjaan yang sebenar dan diberikan tugasan berkaitan bidang jabatan ini terutama dalam mempromosikan program serta terlibat secara langsung dalam pelaksanaan program-program anjuran jabatan ini.
Timbalan Pengarah, Encik Suhaimi bin Md Saad yang juga mewakili Tuan pengarah dalam ucapannya telah menitipkan pesanan kepada pelatih dan juga staf, agar sentiasa mengamalkan sikap bekerjasama dan bijaksana dalam membahagikan masa dan melaksanakan tugas. Bukan hanya menjalankan tugas dalam portfolio masing-masing sahaja, sebaliknya melibatkan diri membantu dalam agenda yang menjadi matlamat jabatan khususnya. Di akhir ucapannya, beliau dan seluruh kakitangan di jabatan ini turut mengucapkan selamat maju jaya kepada pelatih latihan industri ini.
ALOR SETAR, KEDAH, 28 OGOS 2023 - Telah berlangsung Program Fun-Filled English Essay Writing Bootcamp sempena cuti sekolah. Program ini merupakan salah satu slot dibawah YHub Kedah yang dikendalikan oleh Sir Kamarulzaman Harun lulusan California State University, USA.(Coach Poetry Recitation Choral Speaking National Level). Penyertaan bagi slot kali ini adalah seramai 20 orang.
KULIM, 29 OGOS 2023 – Satu Mesyuarat Jawatankuasa Induk HBN Peringkat Negeri Kedah 2023 telah dilaksanakan bertempat di Politeknik Sultanah Bahiyah, Kulim.
Mesyuarat yang dipengerusikan secara bersama oleh YBhg En. Mohd Nizam bin Hj. Ismail, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dan Hj. Mohd Ruzi bin Hamzah, Pengarah Politeknik Sultanah Bahiyah ini telah dihadiri seramai 30 orang ahli mesyuarat selaku Jawatankuasa yang bakal terlibat dalam pelaksanaan HBN Kedah 2023.
BALING, 10 Ogos 2023 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah telah mengadakan majlis perpisahan Pn. Maizatul Akmam Adam selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Baling yang akan bertukar ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak. Ianya adalah sebagai tanda penghargaan di atas sumbangan dan perkhidmatan beliau. En. Mohammad Suhaimi bin Md Saad Timbalan Pengarah (Belia) telah memberikan ucapan mewakili tuan Pengarah JBSNK. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh Timbalan Pengarah (Sukan), Penolong Pengarah Rakan Muda dan wakil daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Baling.
Pn. Maizatul juga memberikan ucapan khas buat semua yang hadir. Penyerahan Nota Serah Tugas telah dibuat oleh beliau kepada Timbalan Pengarah (Belia). Semoga segala budi dan bakti sepanjang berkhidmat di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah menjadi suatu yang berharga dan bermakna untuk Pn. Maizatul.
SUNGAI PETANI, 18 OGOS 2023 - Telah berlangsungnya Bengkel Intensif Muzik Peringkat Daerah Kuala Muda di Dewan SMK Khir Johari. Turut menghadiri Penolong Pengarah Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dan juga Pegawai Belia Sukan Daerah Kuala Muda.
ALOR SETAR, 8 OGOS 2023 - Telah berlangsung Bengkel Intensif MuzikXpress Peringkat Daerah Kota Setar di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah. Bengkel ini diadakan untuk pendedahan dan pengenalan dalam Industri Muzik kepada golongan belia.Disamping perkongsian pengalaman insan yang terlibat secara langsung dalam dunia muzik.
Bengkel ini berjaya menarik minat seramai 50 orang belia yang meminati muzik untuk bersama-sama berbengkel.
Bengkel Intensif MuzikXpress ini sempurna dirasmikan oleh Tuan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah Encik Mohd Nizam Bin Hj Ismail.Turut hadir Penolong Pengarah Kanan (Rakan Muda) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Puan Salwa Binti Senawi.
Bengkel ini berjaya dilaksanakan atas kerjasama Konsortium Irama,Kelab Rakan Muda Parlimen Alor Setar & Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar.
Pihak Pentadbiran Pejabat ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang bersama-sama dalam menjayakan Bengkel Intensif MuzikXpress peringkat Daerah Kota Setar.