- JBS Kedah
- Hits: 70
SESI KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS PENGARAH POLITEKNIK TUANKU SULTANAH SULTANAH BAHIYAH (PTSB) KULIM BERSEMPENA PROGRAM HARI BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI KEDAH 2023
KULIM, 15 OGOS 2023 - 15 OGOS 2023 - Telah berlangsung Sesi Kunjungan Hormat YBrs. Pengarah JBSN Kedah En.Mohd Nizam Hj Ismail kepada Tn. Hj Mohd Ruzi Bin Hamzah, Pengarah PTSB.
Sesi kunjungan hormat ini diadakan bagi membincangkan penyelarasan penganjuran program Hari Belia Negara peringkat Negeri Kedah.
Sesi kunjungan ini turut disertai oleh En. Mohammad Suhaimi bin Md Saad (Timbalan Pengarah Belia JBSN Kedah), En.Mohd Zaidi Zakariya (Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kulim), En. Amir Murshidi bin Dato’ Shamsudin (Presiden MBN Kedah) bersama Pegawai Bahagian Pembangunan Belia JBSNKedah.
Kunjungan ini juga turut membincangkan berkaitan jalinan kerjasama strategik antara PTSB dan MBN Kedah bagi mempromosikan kursus-kursus yang ditawarkan oleh PTSB kepada golongan belia negeri Kedah.
DISEDIAKAN OLEH : JBSN KEDAH
- JBS Kedah
- Hits: 70
