PADANG TERAP KEDAH, 13 SEPTEMBER 2023 – Program Rakan Muda – Rakan Digital Canva Editing Skills Peringkat Daerah Padang Terap telah berlangsung dengan jayanya pada 12 September 2023 (Selasa) yang lalu secara online di Daerah Padang Terap, Kedah Darul Aman disini.
Program Canva ini adalah satu aplikasi atas talian yang percuma untuk pengguna yang ingin membuat pelbagai bentuk “Creative Design” secara virtual atas talian. Aplikasi ini juga mudah digunakan serta mampu menjana pendapatan sekiranya ia digunakan secara betul. Menerusi program ini, para peserta diajar tentang bagaimana membuat reka bentuk bahan-bahan promosi melalui aplikasi reka benttuk grafik - Canva.
Menyedari tentang potensi aplikasi ini terhadap pembangunan gaya hidup remaja masa kini, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap telah menganjurkan kursus secara atas talian, Canva Editing Skills 2023. Seramai 30 orang peserta dari pelbagai latar belakang telah menyertai kursus ini.
Slot interaktif selama 3 jam ini telah dikendalikan oleh Coach Mohd Najib Bin Shukri daripada Kolej Komuniti Padang Terap melalui aplikasi Zoom. Hadir mengikuti sama, penyelaras program En. Mohd Shafiq Bin Abdullah, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Padang Terap.
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
- JBS Kedah
- Hits: 98
