- JBS Kedah
- Hits: 95
SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-66 PERINGKAT DAERAH PADANG TERAP TAHUN 2023
PADANG TERAP KEDAH, 27 OGOS 2023 – Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-66 Peringkat Daerah Padang Terap Tahun 2023 telahpun berlangsung dengan jayanya pada 24 Ogos 2023 (Khamis) yang lalu bertempat di Dataran Kejat, Pejabat Daerah dan Tanah Padang Terap, Kedah Darul Aman disini.
Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-66 Peringkat Daerah Padang Terap ini dimulai dengan pelepasan Kembara Merdeka dari Dataran Kejat, Pejabat Daerah dan Tanah Padang Terap ke Sekolah Menengah Kebangsaan Pedu dan Sekolah Kebangsaan Datin Fatimah dengan penyerahan Jalur Gemilang. Kemudian peserta konvoi bergerak ke Pusat Operasi Kawalan Tasik MDPT, Tasik Pedu dengan sekali lagi penyerahan Jalur Gemilang, Nyanyian lagu “Negaraku” dan disusuli dengan Ucapan Tuan Pegawai Daerah Padang Terap serta laungan “MERDEKA”.
Majlis perasmian dan pelepasan Kembara Merdeka Peringkat Daerah Padang Terap 2023 telah disempurnakan oleh Tn. Mohd Azmin Bin Zainol Abidin, Pegawai Daerah Padang Terap.
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
- JBS Kedah
- Hits: 95
