BANDAR BAHARU, 14 Mei 2023 – Penyerahan sijil pendaftaran Persatuan Kelab Belia KEDA Sungai Buloh telah diadakan pada 14 Mei 2023 bertempat di Kompleks Sukan Komuniti Bandar Baharu kepada pengerusi persatuan iaitu En Muhammad Azwan Bin Azmi oleh Puan Nur Adila bt Mohamad, Pegawai Unit Belia Daerah Bandar Baharu.
Penyerahan sijil ini dibuat kerana telah mendapat kelulusan pendaftaran pertubuhan belia di bawah akta 668 dari pihak Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Belia pada 03 Mei 2023.
Antara dokumen yang dilampirkan bersama adalah Sijil Perakuan Pendaftaran Pertubuhan Belia, Salinan Perlembagaan, Ringkasan Panduan Pengurusan Pertubuhan danTindakan Selepas Menerima Sijil Pendaftaran Pertubuhan Belia untuk makluman dan tindakan pihak persatuan selanjutnya.
DISEDIAKAN OLEH : NUR ADILA BINTI MOHAMAD (PBSD BANDAR BAHARU)
- JBS Kedah
- Hits: 99