PULAU BUNTING, YAN, KEDAH. 17 SEPTEMBER 2023 – Program Santai Geopark @ Jambatan Pulau Bunting Sempena Sambutan Hari Malaysia Peringkat Daerah Yan Tahun 2023 telah diadakan bertempat di Jambatan Pulau Bunting, Yan, Kedah.
Semua peserta telah mula berkumpul di laluan masuk ke Jambatan Pulau Bunting seawal jam 7.30 pagi dan dimulakan dengan acara senamrobik tepat pada jam 8.00 pagi dan diikuti dengan acara “Flag Off” untuk Fun Walk hingga ke hujung Jambatan Pulau Bunting yang disempurnakan bersama oleh Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK. selaku Pegawai Daerah Yan / YDP Majlis Daerah Yan bersama YB Ustaz Sabri Bin Azit, Ahli Parlimen Jerai dan Puan Amila Binti Ahmad, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan. Acara Funwalk ini berlangsung dengan kehadiran lebih 1000 orang peserta terdiri dari para pelajar dan murid dari 8 buah sekolah sekitar Daerah Yan, para warga kerja dari pelbagai jabatan / agensi Daerah Yan dan Negeri Kedah serta pelbagai lapisan masyarakat.
Turut hadir adalah pegawai-pegawai dari jabatan serta agensi kerajaan, swasta dan NGO dalam Daerah Yan. Encik Mohd Hapis bin Mohd Shariff hadir mewakili Pejabat Belia dan Sukan Daerah Yan.
DISEDIAKAN OLEH : JOHARDI BIN ROSLA
- JBS Kedah
- Hits: 124
