JOM SAKSIKAN TAYANGAN SKRIN BESAR PERLAWANAN PESTA BOLA MERDEKA!!!
PERLAWANAN
- MALAYSIA Vs INDIA
13 OKTOBER B2023 (JUMAAT), 8.00 malam
?@PADANG SMK SG LAYAR, SUNGAI PETANI, KEDAH
Jom warga Sungai Petani!!!
Jom warga Negeri Kedah!!!
Jom peminat Setia Bola Sepak Harimau Malaya!!!
kita pakat-pakat memeriahkan Tayangan SKRIN BESAR untuk sama-sama menyokong skuad Harimau Malaya kita!!!
Juga terdapat Aktiviti Mari Mencuba sepanjang Tayangan... Jangan Lepaskan Peluang Untuk bersama kami...
*Tayangan Istimewa Sempena Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Kedah 2023*
*Jangan Lupa Bawa Bersama Tikar, Healing Chair untuk kita Bersantai Bersama*
Ayuh semua orang-orang di Kedah kita memeriahkan sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Kedah pada
‼️Tarikh: 14 Oct 2023
‼️Masa: 7am - 11pm
‼️Tempat: Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah. Pelbagai Acara dipertandingkan.
Jom daftar sekarang‼️
????????????????
https://cps4.me/hsn-kedah
Anda baru nak bermula kerjaya sebagai petani ? Atau nak mencari ilmu tanaman tambahan setelah memulakan projek pertanian sendiri ? Atau saje saje nak lawat ladang Fertigasi dan Hidroponik secara komersial.
KURSUS INI UNTUK ANDA
Boleh mai kursus selama 1 hari, kita akan share tips pengurusan tanaman, kawalan serangga dan penyakit, kaedah penggiliran tanaman dan pendigitalan rekod ladang. Paling best dapat tengok Kebun IOT dan Beli sayuq segar dari ladang.
?????? : 30 September 2023 @ 7 Oktober 2023 @14 Oktober 2023 (sorang satu sesi sahaja)
?????? : CocoJack Creative Centre, Merbau Pulas, Kuala Ketil, Kedah
???? : 8.30 pagi - 5.00 ptg
.
KURSUS ADALAH PERCUMA UNTUK WARGANEGARA MALAYSIA, BERUMUR 18-40 TAHUN
?????? ??? ?????????? :
Sila Isi Google Form - https://forms.gle/U4Bm7ToAhBy1mCYb6
Jika ada sebarang masalah dan pertanyaan: ? http://wasap.my/+60142528510/KursusAgrotek2023
BANDAR BAHARU – 15 Oktober 2023 – Program Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Bandar Baharu bagi tahun 2023 telah diadakan pada 13, 14 dan 15 Oktober 2023. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Pegawai Daerah dan Tanah Bandar Baharu iaitu Tuan Mohd Noor bin Ismail pada 14 Oktober 2023 (Sabtu) jam 9.00 pagi di Kompleks Sukan Komuniti Bandar Baharu.
Sebanyak 12 acara sukan telah dilakukan sepanjang 3 hari berlangsungnya program ini diantaranya Cabaran Bukit Angin,Senamrobik,Clean Walk,Aerobathon,Mari Mencuba Flying Fox,Kejohanan Futsal dan lain-lain lagi. Program ini telah mendapat sambutan yang luar biasa dari penduduk dan agensi-agensi kerajaan/swasta sekitar daerah Bandar Baharu khususnya. Penglibatan keseluruhan untuk kesemua acara sukan bagi program ini dianggarkan hampir mencecah 6000 orang.
Program Hari Sukan Negara ini disambut pada minggu kedua bulan Oktober setiap tahun dimana objektif sambutan adalah untuk merealisasikan hasrat dan aspirasi bagi menggalak dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat yang membudayakan bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan bagi mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif, meningkatkan pengetahuan sukan dalam kalangan rakyat Malaysia, memupuk dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan sebagainya.
DISEDIAKAN OLEH : NUR ADILA BINTI MOHAMAD (PBSD BANDAR BAHARU)
Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah
Kemaskini Terakhir: 19-05-2026, 09:52:06