- JBS Kedah
- Hits: 77
PROGRAM RAKAN MUDA RAKAN LITAR TRACK DAY (KURSUS ASAS MOTORCROSS) 2023 PERINGKAT NEGERI KEDAH
PADANG TERAP KEDAH, 05 NOVEMBER 2023 – Program Rakan Muda Rakan Litar Track Day (Kursus Asas Motorcross) 2023 Peringkat Negeri Kedah telahpun berlangsung dengan jayanya pada 04 November 2023 (Sabtu) yang lalu bertempat Litar Motorcross Padang Sanai, Kuala Nerang, Kedah Darul Aman disini.
Objektif program ini adalah untuk memberi peluang kepada setiap penggerak sukan beroda dan permotoran untuk melaksanakan aktiviti sukan dengan cabaran baharu yang sihat dan terkawal serta memastikan keselamatan dan undang-undang dipatuhi.
Program ini telah menghimpunkan sejumlah lebih 100 buah jentera 2 roda dengan dibantu 2 buah jentera 4 roda (4x4) dan lebih 100 orang peserta menyertai program ini. Jarak perjalanan adalah 55 kilometer dengan melalui ladang kelapa sawit, ladang getah dan juga menempuh laluan beberapa anak sungai.
Pelepasan Program Rakan Muda Rakan Litar Track Day (Kursus Asas Motorcross) 2023 Peringkat Negeri Kedah ini telah disempurnakan oleh En. Mohd. Suhaimi Bin Md Saad, Timbalan Pengarah (Belia), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah mewakili Tn. Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah. Hadir sama En. Mohd Farizan Bin Mat Arshad, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap.dan En. Abdul Halim Bin Awang Kechik, Pengerusi Kelab Motorcross NEC Kuala Nerang.
#teamkbs
#jbsnbersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
- JBS Kedah
- Hits: 77
