BANDAR BAHARU – 22 Julai 2023– Pertandingan Bola Jaring Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Bandar Baharu 2023 telah dilaksanakan bertempat di Kompleks Sukan Komuniti Daerah Bandar Baharu hari ini.
Pertandingan ini dimenangi oleh pasukan Queen manakala Naib Johan dirangkul oleh pasukan Sweet 17. Pasukan Bulan Madu pula memenangi tempat ketiga
Majlis penyampaian hadiah dan pingat telah disempurnakan oleh Puan Rosmawati Majid, Timbalan Pengerusi Persatuan Bola Jaring Negeri Kedah.
Turut hadir Encik Ahmad Ismadi Ismail, Timbalan Pengerusi Kelab Sukan Rekreasi Serdang dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu, Shamsul Qamar Shamsudin.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.
Disediakan oleh : Fariza bt. Ghazalli (PBSD Bandar Baharu)
- JBS Kedah
- Hits: 33