- JBS Kedah
- Hits: 133
PROGRAM RAKAN MUDA : RAKAN BUMI – TANAM POKOK BUKTI KERJASAMA ERAT ANTARA AGENSI DI DAERAH BANDAR BAHARU
Bandar Baharu,10 Disember 2023 – Seramai lebih kurang 200 orang peserta hadir menjayakan program Rakan Muda: Rakan Bumi – Tanam Pokok yang diadakan bertempat di Taman Tasik Awam Serdang.
Program anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu, Majlis Daerah Bandar Baharu dan Pejabat Hutan Daerah Kedah Selatan turut mendapat kerjasama dari PEMADAM Daerah Bandar Baharu, Majlis Belia Daerah Bandar Baharu, Kelab Sukan Rekreasi Serdang dan Puspanita Daerah Kecil Bandar Baharu.
Majlis Perasmian program ini telah disempurnakan oleh Tuan Mohd Noor Ismail, Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu merangkap Pegawai Daerah Bandar Baharu dan Pengerusi PEMADAM Daerah Bandar Baharu.
Turut hadir Prof. Dr. Mohd Suffian Haji Yusoff, ADUN Bandar Baharu, Anuar Ismail,
Penolong Pegawai Hutan Pejabat Hutan Daerah Kedah Selatan, Puan Noor Shuhaida Bideng, Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu,
Puan Azlina Abdul Aziz, Setiausaha Kerja Pemadam Negeri Kedah, Ahli-Ahli Majlis Daerah Bandar Baharu, Ketua-Ketua Jabatan Daerah serta kakitangan-kakitangan agensi kerajaan dalam Daerah Bandar Baharu.
Program yang bertujuan untuk menggalakkan penanaman pokok sebagai salah satu aktiviti penghijauan semula kawasan dan memelihara bumi untuk generasi akan datang, pembangunan bandar yang seimbang dengan kelestarian alam sekitar diakhiri dengan aktiviti penanaman pokok merbau dan merawan sebagai simbolik program.
Selain aktiviti penanaman pokok, terdapat juga aktiviti sampingan yang dijalankan seperti senamrobik, ‘tree climbing’, ‘skyrunner’ dan berkayak di Tasik Serdang.
Disediakan oleh :
Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
- JBS Kedah
- Hits: 133
