2 Januari 2024, Wisma Persekutuan Anak Bukit - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada Pn. Idayu Bt Kapi, Penolong Pegawai Belia dan Sukan (S29) yang baharu.
Beliau telah melapor diri kepada YBrs En.Mohammad Suhaimi B. Md Saad (Timbalan Pengarah Belia) mewakili Pengarah JBSNKedah. Warga Jabatan merakamkan jutaan tahniah atas perlantikan ini, semoga dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang.
LANGKAWI, KEDAH – 02 January 2024, Forum Perdana Ambang Tahun Baru 2024 telah berlangsung dengan jaya pada 31 Disember 2023 di Dataran Lang Langkawi.
Program ini yang dianjurkan oleh Pertubuhan Sukarela Sosial Dan Dakwah Langkawi (LANDAS) dengan kerjasama strategik bersama agensi-agensi Kerajaan di Langkawi seperti Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Pejabat Daerah Dan Tanah Langkawi, Pejabat Agama Daerah Langkawi, Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan, Jabatan Kerjaraya Langkawi, Polis DiRaja Malaysia dan Sahbat Pengatur Kuliah Langkawi.
Program diserikan lagi dengan penampilan khas penceramah tersohor Malaysia iaitu Moderator YBhg. Ustaz Nabil Bin Ahmad Bersama panel jemputam YBhg. Datuk Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz dan Ybhg.Ustaz Ahmad Dasuki Bin Abdul Rani.
Turut hadir Bersama, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Langkawi, Encik Mohd Ferdaus Bin Osman.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
LANGKAWI, KEDAH – 02 January 2024, International Langkawi City Half Marathon 2023 telah berlangsung pada 24.12.2023 dan bertempat di MAHA Tower Langkawi.
Tiga kategori yang dipertandingan didalam International Langkawi City Half Marathon iaitu 5KM, 10KM dan 21KM. Seramai 700 orang peserta dari dalam dan luar negara yang menyertai acara ini.
Hadir menyempurnakan pelepasan Ybrs Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, Pegawai Daerah Langkawi.
Turut hadir Bersama, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Langkawi, Encik Mohd Ferdaus Bin Osman.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
Program yang ditunggu-tunggu ini akan menyediakan kelas asas sukan motorsport Gymkhana dimana peminat-peminat yang tidak mempunyai pengalaman juga boleh sertai program ini.
Ayuh semua. Pendaftaran adalah PERCUMA
Anda boleh imbas kod QR di poster atau tekan pautan di bawah untuk menempah nama terawal.
Y.B Menteri Belia dan Sukan Malaysia Puan Hannah Yeoh mengambil kesempatan beramah mesra bersama para atlet cilik negeri Kedah sempena majlis penyerahan Pusat Latihan Skuasy Stadium Sultan Abdul Halim Suka Menanti, Alor Setar. Terima Kasih Y.B
PADANG TERAP KEDAH, 02 JANUARI 2024 – Satu perbincangan awal untuk pelaksanaan acara Kuala Nerang Night Run 2024 telahpun diadakan pada 31 Disember 2023 (Ahad) yang lalu bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap, Kuala Nerang, Kedah Darul Aman disini.
Dalam perjumpaan ini, perbincangan antara En. Mohd Farizan Bin Mat Arshad, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap bersama En. Johardi Bin Rosla, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Padang Terap dengan En. Arshad Bin Abdul Wahab dan En. Rosli Bin Ibrahim dari Persatuan Penaja Kuala Nerang Runner Club (KNRC) berkaitan pelaksanaan Kuala Nerang Night Run 2024 yang akan diadakan di Dataran Putra, Kuala Nerang pada 01 Mac 2024 jam 8.00 malam nanti.
#teamkbs
#jbsnbersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
DISEDIAKAN OLEH : WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
LANGKAWI, KEDAH – 01 January 2024 - Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dengan Kerjasama Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Langkawi telah melaksanakan program libat urus badan sukan Langkawi.
Program ini diadakan pada 21 Disember 2023 dan bertempat di Auditorium LADA dengan penyertaan seramai 50 orang wakil daripada NGO badan sukan Daerah Langkawi.
Turut hadir Bersama, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Langkawi, Encik Mohd Ferdaus Bin Osman.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)