- JBS Kedah
- Hits: 114
SESI PERJUMPAAN KHAS MAJLIS BELIA DAERAH (MBD) PENDANG BERSAMA NGO / PERTUBUHAN BELIA
Pendang | 14 Januari 2024 – Bertempat di Eika Rose Garden Pendang satu sesi perjumpaan khas telah diadakan oleh MBD Pendang bersama-sama NGO / Pertubuhan seluruh daerah. Dalam pertemuan ini PBSD Pendang turut diundang yang diwakili oleh Encik Samioun Bin Shomidun.
Pertemuan yang julung-julung kalinya diadakan ini disifatkan amat signifikan menjelang berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan MBD Pendang dan berpotensi mengangkat semula martabat serta mengupayakan kembali MBD Pendang selaku badan induk Pertubuhan Belia di dalam daerah Pendang khususnya dan negeri Kedah amnya.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#TeamJBSN
#RakanMudaAktif
#MalaysiaMadani
DISEDIAKAN OLEH : MOHD SHAKIR BIN NAWAWI ( PBSD PENDANG )
- JBS Kedah
- Hits: 114
