POKOK SENA, 24 JANUARI 2024 – Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Pokok Sena telah dijemput untuk merasmikan Majlis Anugerah HEM dan Kokurikulum Sekolah Menengah Sains Pokok Sena (SAINA) yang diadakan di Dewan Makan Seri Jati, SM SAINA. Hadir merasmikan majlis tersebut adalah Encik Muhammad bin Alli, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Pokok Sena.
24 JANUARI 2024, Kulim –Satu sesi Taklimat Mentor dan Pemimpin Anugerah Ramaja Perdana Rakan Muda telah berlangsung di Dewan Unit Latihan Pelajar Politeknik Sultanah Bahiyah, Kulim. Taklimat yang disampaikan oleh saudara Hasrul Hafizi Abd. Halim selaku pemegang Pingat Emas ARPRM ini bertujuan memberi pendedahan awal bagi memupuk semangat dan minat para pensyarah berkenaan program anugerah ini. Seramai lebih kurang 25 orang pensyarah dan tenaga pengajar menghadiri sesi taklimat ini dan majlis penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah PTSB serta turut hadir bersama Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kulim dan wakil daripada PBSD Bandar Baru.
24 Januari 2024, Baling - Pegawai dan kakitangan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Baling telah dijemput hadir oleh pihak pengurusan Sekolah Kebangsaan Dalam Wang untuk membantu kelancaran program khidmat masyarakat pagi ini.
Aktiviti khidmat masyarakat ini diadakan bagi membantu pihak pengurusan SK Dalam Wang dalam kerja-kerja menceriakan bangunan dan kawasan sekolah yang telah usang . Selain itu , aktiviti seperti ini boleh mengeratkan lagi jalinan kerjasama antara agensi dan NGO di daerah Baling dan memupuk semangat kesukarelawanan.
Turut hadir , Puan Siti Salmiah Binti Md Ani , Pegawai Belia Dan Sukan PBSD Baling , wakil Majlis Belia Daerah Baling dan APM Baling .
# TeamKBS #TeamJBSN #JBSNbersama #MalaysiaMADANI
DISEDIAKAN OLEH : MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)
Sintok, 23 Januari 2024 - Sekalung tahniah diucapkan kepada semua Ahli Majlis Tertinggi dan Ex Officio Sekretariat Rakan Muda Universiti Utara Malaysia (SRM UUM) yang telah menjayakan Sesi Talk : Glad2Know ARP melalui atas talian dengan aplikasi WEBEX. Penceramah jemputan bagi Sesi Talk ini adalah Encik Amir Syarifuddin Bin Abdul Majid, Penerima Anugerah Emas ARP dan Pemimpin Tahap Emas ARP 2022. Turut sama dalam sesi ini adalah Puan Salwa Binti Senawi, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah, Encik Megat Shahrom Bashir Bin Makhdzir, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Kubang Pasu, Encik Aizul Firdaus Penasihat SRM UUM dan Puan Haslinda Binti Harun, Penyelaras Sekretariat Rakan Muda Daerah Kubang Pasu.
Semoga dengan adanya sesi sebegini akan dapat menaikkan lagi semangat peserta untuk mencapai sasaran sekurang-kurangnya Anugerah Gangsa dan seterusnya Anugerah Perak dan Anugerah Emas.
Pendang | 27 Januari 2024 – Bertempat di PBSD Pendang telah berlangsungnya Mesyuarat Agung MBD Pendang Tahun 2024 yang dilihat amat signifikan dalam memastikan kesinambungan kepimpinan di dalam badan induk pertubuhan belia di daerah Pendang tersebut.
Mesyuarat yang julung-julung kalinya diadakan di PBSD Pendang ini telah dirasmikan oleh Encik Nor Azlan Bin Zainal,Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pendang dengan turut dihadiri oleh Pengerusi Majlis Belia Negeri Kedah, Saudara Amir Murshidi Bin Dato' Samsudin.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#TeamJBSN
#RakanMudaAktif
#MalaysiaMadani
.
DISEDIAKAN OLEH : MOHD SHAKIR BIN NAWAWI ( PBSD PENDANG )
Pendang | 25 Januari 2024 – Buat julung-julung kalinya telah berlangsungnya Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru Bawah 17 Tahun anjuran Kelab Bola Sepak Warisan Pendang bersama PBSD Pendang. Kejohanan yang berlangsung di Stadium Mini Pendang ini disertai oleh pasukan daripada SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman, FC Mergong,Kelab Bola Sepak Warisan dan FC Kenari United.
Kejohanan ini diadakan untuk mencukil bakat-bakat belia dari pasukan yang menyertai dan mengajak lebih ramai golongan belia terlibat dengan akiviti sukan. Kejohanan dijalankan seawal jam 8 pagi dan berlangsung sehingga jam 1 tengahari.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#TeamJBSN
#RakanMudaAktif
#MalaysiaMadani
.
DISEDIAKAN OLEH : MOHD SHAKIR BIN NAWAWI ( PBSD PENDANG )
PADANG TERAP KEDAH, 24 JANUARI 2024 – Perbincangan pelaksanaan mesyuarat agung kali pertama Kelab Belia Desa Keda Pong Selatan, Daerah Padang Terap telahpun diadakan pada 24 Januari 2024 (Rabu) bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap, Kedah Darul Aman disini.
Perbincangan ini adalah untuk menerangkan prosedur serta tindakan yang perlu diambil oleh kelab belia berkenaan berkaitan tarikh, tempat serta masa dan jumlah keahlian untuk mesyuarat agung kali pertama kelab nanti.
Turut disampaikan juga, pengisian dan penghantaran Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) Kelab berkenaan selepas mengadakan mesyuarat agung nanti kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) Zon Utara.
Dalam perjumpaan ini, perbincangan antara En. Wan Syahrin Bin Ali, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap bersama dengan Pn. Aisyah Binti Taib, Pengerusi Penaja Kelab Belia Desa Keda Pong Selatan, Kuala Nerang, Kedah Darul Aman. #teamkbs #jbsnbersama #JBSNKedah #MalaysiaMadani
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
23 JAN 2024, SIK - Pegawai dan kakitangan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Sik telah mengikuti Program Penghayatan Nilai-Nilai Islam dalam Perkhidmatan Awam Sempena Israk dan Mikraj secara atas talian yang disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Hamdan Bin Mohamed, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Objektif program ini adalah dapat membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bermaruah, beridentiti kukuh dan disegani dalam menghasilkan perkhidmatan yang bermutu.
# TeamKBS #TeamJBSN #JBSNbersama #Malaysia MADANI
DISEDIAKAN OLEH : SITI MOKTAROH BINTI MOKHTAR (PBSD SIK)
22 Jan 2024, Sik – Pejabat Belia & Sukan Daerah Sik menerima kunjungan hormat daripada Ketua Bahagian Umno Daerah Sik (Dato’ Muhamad Khizri Abu Kassim) turut hadir bersama Setiausaha dan juga Ketua Puteri Umno Bahagian Sik. Tujuan kunjung hormat membincangkan isu-isu dan hala tuju belia di daerah sik. Kunjungan ini juga turut membincangkan kaedah untuk membantu belia dari segi aspek ekonomi,pendidikan dan peluang pekerjaan di daerah sik.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNbersama #Malaysia MADANI
DISEDIAKAN OLEH : SITI MOKTAROH BINTI MOKHTAR (PBSD SIK)