- JBS Kedah
- Hits: 86
PBSD PADANG TERAP HADIR ATAS TALIAN SESI RAMAH MESRA & AMANAT BERSAMA PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH
PADANG TERAP KEDAH, 22 JANUARI 2024 – Semua kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap hadir ke Sesi Ramah Mesra & Amanat Bersama Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah pada 21 Januari 2024 (Ahad) yang lalu secara atas talian disini.
Pelbagai input serta tindakan segera yang perlu diambil khususnya oleh kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah telah diberikan oleh YBhg. Pengarah Pn. Noor Azma Binti Deris dalam sesi secara atas talian ini menerusi Google Meet.
Semua kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap hadir secara atas talian bersama mendengar amanat yang telah digariskan oleh YBhg. Pn. Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dengan pelaksanaan tugas sebagai penjawat awam khasnya dalam gerak kerja di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Penekanan diberikan terhadap kerja secara berpasukan dan berintegriti di samping membawa nama baik Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
#teamkbs
#jbsnbersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
DISEDIAKAN OLEH : WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
- JBS Kedah
- Hits: 86
